Skip to main content

Hiburan

Zizi Kirana Terbuka Jika Bertemu Jodoh, Elak Jadi Isteri Kedua - “Sebolehnya…”

Zizi Kirana Terbuka Jika Bertemu Jodoh, Elak Jadi Isteri Kedua - “Sebolehnya…”

Sekilas

  • Zizi Kirana tidak menolak kemungkinan dipertemukan jodoh yang satu hati dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.
  • Dia percaya setiap perkara ada hikmah dan akan menerima apa sahaja yang telah diaturkan oleh-Nya, termasuk dalam soal jodoh.
  • Zizi berharap dapat mengelakkan menjadi isteri kedua dan berdoa agar diberikan yang terbaik dalam kehidupan peribadinya.
Advertisement

Penyanyi, Zizi Kirana memaklumkan dia tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan seseorang satu hati nanti.

Menurut pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil ini, dia juga menyerahkan segala perihal mengani jodoh kepada Allah SWT.

Advertisement

Ujar Zizi, dia percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan akan menerima apa sahaja yang telah diaturkan oleh-Nya.

“Saya tak menolak apa-apa yang datang, saya tidak menutup pintu hati. Perkara itu adalah benda yang baik, Allah aturkan semuanya.

“Saya cuma mengikut apa yang diaturkan oleh-Nya. Kalau perkara itu mendatangkan kebaikan, InsyaAllah,” katanya kepada Gempak.

Zizi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya bersama Yasin Sulaiman dan Malique yang berjudul ‘Yang Tinggal’.

Ditanya pula mengenai kemungkinan ditakdirkan menjadi isteri kedua, Zizi berharap agar perkara tersebut tidak berlaku malah akan berusaha mengelakkannya.

“Perkara itu saya sedaya upaya cuba elakkan. Saya cuma mampu berdoa supaya Allah berikan yang terbaik, sebolehnya saya memang tak nak,” ujarnya.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 sebelum disahkan bercerai pada 2 April lalu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement