Skip to main content

Selebriti

Zizie Izette Menangis, Terkenang Sikap Arwah Suami Yang Ramai Tak Tahu - “Dia Tak Pernah Simpan Dendam Atau Ambil Hati…”

Zizie Izette Menangis, Terkenang Sikap Arwah Suami Yang Ramai Tak Tahu - “Dia Tak Pernah Simpan Dendam Atau Ambil Hati…”

Sekilas

  • Datin Seri Zizie Izette berkongsi kenangan mengenai sifat sabar dan pemaaf Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar, yang tidak pernah menyimpan dendam walaupun dikeji atau dihina.
  • Zizie teringat arwah suaminya selepas mendengar kisah Rasulullah SAW yang tetap memaafkan orang walaupun dikeji, dan dia menangis mengenangkan sifat baik suaminya itu.
  • Allahyarham juga mudah memaafkan dan membantu orang yang pernah berbuat salah kepadanya, menunjukkan sisi peribadi yang jarang diketahui ramai.
Advertisement

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette terkenang sikap Allahyarham suaminya iaitu bekas ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Zizie berkata hatinya tersentuh ketika menghadiri sebuah program apabila penceramah berkongsi kisah mengenai sifat Rasulullah SAW yang tetap bersabar dan memilih untuk memaafkan walaupun dikeji serta dihina membuatkan dia terkenang pada arwah suaminya.

Advertisement

Tambah Zizie, suaminya merupakan seorang yang tidak pernah menyimpan dendam atau mengambil hati dengan kata-kata orang terhadap dirinya.

“Semalam saya dekat ESQ. Penceramah bercerita tentang Rasulullah, bagaimana baginda dikeji, dihina, dimaki, tapi tetap sabar dan memilih untuk memaafkan.

“Masa dengar cerita tu, perlahan-lahan saya capai tisu dalam handbag, toleh kiri kanan, harap tak ada siapa nampak yang saya actually tengah menangis.

“Teringat arwah suami. Of course, memang tak bolehlah nak compare dengan Rasulullah. Tapi begitulah sifat arwah yang mungkin ramai orang tak tahu.

“Dia tak pernah simpan dendam atau ambil hati dengan apa orang kata tentang dia,” kongsinya.

Malah Zizie mendedahkan, sifat Allahyarham yang mudah memaafkan juga terserlah apabila berdepan dengan individu yang pernah melakukan perkara buruk terhadap dirinya.

“Even dengan orang yang pernah buat macam-macam dekat dia pun, dia tetap berbaik dan memaafkan. Kalau orang tu perlukan pertolongan, dia tetap tolong.

“Entah kenapa semalam, cerita tu betul-betul buat saya tersentuh hati dan teringat arwah dan sisi dirinya yang mungkin tak ramai orang sempat kenal.

“Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkan arwah di taman syurga-Nya,” tulisnya.


Kisah yang disampaikan oleh penceramah itu benar-benar menyentuh hatinya sehingga membuatkan dia kembali mengenang sisi peribadi Allahyarham yang mungkin tidak diketahui ramai.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement