Sekilas
- Zizie Izette berkongsi bahawa kesedihan selepas kehilangan suaminya hampir setahun lalu masih dirasainya dan tempoh itu sangat panjang baginya.
- Pelakon itu menjelaskan senyumannya bukan bermakna dia sudah berhenti berduka, tetapi sebagai tanda dia memilih untuk terus menjalani kehidupan.
- Suami Zizie, Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin, meninggal dunia pada 5 Disember 2025 dan berita itu diumumkan melalui Instagram Stories oleh Zizie.
Zizie Izette Jelaskan Kesedihan Selepas Kehilangan Suami Masih Belum Hilang
Pelakon, Zizie Izette meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir pihak yang mempersoalkan tempoh kesedihan yang dilaluinya selepas kehilangan suami tercinta tahun lalu.
Menurut Zizie, tempoh setahun mungkin kelihatan singkat namun bagi dirinya yang melalui perkara tersebut tempoh itu sangat panjang dan berat buatnya.
“Bila orang kata, ‘Cepatnya dia dah tak sedih,’ saya hanya mampu tersenyum. Hampir setahun mungkin nampak singkat pada pandangan orang luar, tetapi hanya saya yang tahu betapa panjangnya hari-hari yang saya lalui.
“Untuk bangkit semula dan merasakan diri saya seperti dahulu memerlukan keberanian yang besar. Senyuman saya bukan bermakna saya sudah berhenti berduka. Sebaliknya, ia bermakna saya memilih untuk tidak berhenti menjalani kehidupan,” tulisnya.
Zizie Izette Pilih Untuk Bangkit Perlahan-Lahan Dan Terus Menjalani Kehidupan
Bagi Zizie, untuk kembali bangkit dan merasakan dirinya seperti dahulu bukanlah sesuatu yang berlaku dengan mudah.
Sebaliknya, ia memerlukan keberanian untuk perlahan-lahan berdiri semula, menerima apa yang berlaku dan meneruskan kehidupan meskipun rasa kehilangan masih ada di dalam hati.
Suami Zizie Izette, Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin, Meninggal Dunia Pada 5 Disember 2025
Terdahulu, Suami kepada pelakon Zizie Ezette iaitu Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin disahkan telah meninggal dunia pada 5 Disember 2025 pada jam 1.46 pagi.
Berita itu disampaikan Zizie menerusi hantaran di Instagram Stories.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang hari yang sama.
Soalan lazim
Mengapa Zizie Izette berasa sedih dengan reaksi segelintir pihak?
Pelakon, Zizie Izette meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir pihak yang mempersoalkan tempoh kesedihan yang dilaluinya selepas kehilangan suami tercinta tahun lalu.
Apa yang Zizie Izette katakan tentang tempoh hampir setahun selepas kehilangan suaminya?
“Bila orang kata, ‘Cepatnya dia dah tak sedih,’ saya hanya mampu tersenyum. Hampir setahun mungkin nampak singkat pada pandangan orang luar, tetapi hanya saya yang tahu betapa panjangnya hari-hari yang saya lalui.
Apa maksud senyuman Zizie Izette menurut penjelasannya sendiri?
“Untuk bangkit semula dan merasakan diri saya seperti dahulu memerlukan keberanian yang besar. Senyuman saya bukan bermakna saya sudah berhenti berduka. Sebaliknya, ia bermakna saya memilih untuk tidak berhenti menjalani kehidupan,” tulisnya.
Bilakah Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia?
Terdahulu, Suami kepada pelakon Zizie Ezette iaitu Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin disahkan telah meninggal dunia pada 5 Disember 2025 pada jam 1.46 pagi.
Di mana berita pemergian suami Zizie Izette dikongsikan kepada umum?
Berita itu disampaikan Zizie menerusi hantaran di Instagram Stories.