Skip to main content

Hollywood

Zoe Saldana Jadi Aktres Pendapatan Tertinggi Sepanjang Zaman, Peroleh $15.47 Bilion

zoe

Sekilas

  • Zoe Saldana kini menjadi aktres dengan pendapatan tertinggi sepanjang zaman berkat kejayaan filem Avatar: Fire and Ash dan beberapa francais besar lain seperti Avengers dan Star Trek.
  • Beliau mencatat sejarah sebagai aktres pertama yang terlibat dalam empat filem dengan kutipan melebihi $2 bilion dan mempunyai nilai anggaran pendapatan sehingga $15.47 bilion.
  • Pada 2025, Saldana memenangi Oscar Aktres Pembantu Terbaik dan dijangka kembali dalam Avatar 4 dan Avatar 5 yang akan datang.

Pemenang Oscar, Zoe Saldana secara rasmi menjadi aktres dengan pendapatan tertinggi sepanjang zaman berkat pembabitannya dalam filem Avatar: Fire and Ash.

Saldana juga telah terlibat dengan tiga karya yang membuatkan dirinya turut memperoleh pendapatan terbanyak iaitu Avatar (2009), sekuelnya, The Way of Water pada 2022 serta Avengers: Endgame yang ditayangkan pada 2019, lapor Variety.

Beliau juga merupakan aktres pertama yang terlibat dengan empat karya yang memperoleh kutipan tayangan melebihi $2 bilion di seluruh dunia menerusi filem Avengers: Infinity War (2018). Menerusi pembabitannya dalam naskhah Marvel Cinematic sebagai Gamora (Saldana terlibat dalam tiga francais Guardians of the Galaxy), membawa watak Nyota Uhura dalam trilogi Star Trek yang telah memperoleh sekitar $1 bilion sepanjang ditayangkan.

Pada 2024, Saldan menduduki tangga ketiga aktres dengan pendapatan tertinggi iaitu sebanyak $14 bilion meletakkan dirinyq di belakang aktres Scarlett Johanson dan aktor Samuel L. Jackson.

Bagaimanapun Saldana mencetak sejarah menjadi aktres nombor satu dengan pendapatan tertinggi sejak Disembar lalu apabila francais tersebut memperoleh sebanyak $1.23 bilion. Menerusi semua pembabitan dalam filem-filem tersebut, Saldana mempunyai nilai anggaran pendapatan sehingga $15.47 bilion, lapor the Numbers.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, Saldana melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih terhadap semua pihak yang telah membantu mencapai kejayaan.

“Saya hanya mahu melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perjalanan luar biasa saya selama ini sehingga mencapai pendapatan aktres paling tinggi sepanjang hayat.

“Kejayaan ini dipengaruhi oleh semua faktor termasuk pembabitan saya dalam francais hebat dan peluang berkolaborasi yang luar biasa sehingga saya diberi kepercayaan oleh para pengarah yang mempercayai bakat saya,” tulisnya.

Selain menjadi aktres dengan pendapatan paling tinggi sepanjang hayat, Saldana juga menempuh tahun yang cemerlang pada 2025 apabila dinobatkan sebagai Aktres Pembantu Terbaik Oscar menerusi lakonannya sebagai Emilia Perez sekaligus memecah rekod sebagai bintang pertama dari Amerika Domican yang diiktiraf di anugerah berprestij tersebut.

Sementara itu Saldana dijangka kembali bergabung dengan tim Avatar untuk Avatar 4 pada 2029 dan Avatar 5 pada 2031.

Must-Watch Video

Advertisement