Skip to main content

Hiburan

Zubir Khan Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz Kepada Dr Heama Maleini, Serah Mas Kahwin RM300

Zubir Khan

Sekilas

  • Penyanyi Zubir Khan telah sah bergelar suami kepada Dr. Heama Maleini dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat lalu.
  • Pasangan ini memakai persalinan tradisional India berwarna merah dan Zubir menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada isterinya.
  • Zubir dan Dr. Heama bertunang pada April lalu dan Dr. Heama memilih untuk mengekalkan nama asal selepas berkahwin.
Advertisement

Penyanyi, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Dr. Heama Maleini Balasubramaniam dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.

Menerusi video yang dikongsikan sebuah portal hiburan, pasangan sama cantik sama padan itu dilihat sepadan bagai pinang dibelah dua dalam persalinan tradisional India berwarna merah sempena hari bahagia mereka.

Advertisement

Difahamkan, Zubir atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Mohamad Ali selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sebelum menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada isterinya.

Sementara itu, Dr. Heama turut berkongsi rasa syukur apabila Zubir berjaya melafazkan akad nikah dengan lancar.

“Pada mulanya saya agak gementar tetapi awak sudah melakukan yang terbaik dengan hanya melafazkan sekali akad nikah.

Advertisement

“Ia menunjukkan rasa sayang awak kepada saya. Terima kasih,” katanya.

Untuk rekod, Zubir dan Dr. Heama mengikat tali pertunangan sekitar April lalu selepas menjalinkan hubungan cinta.

Sebelum ini, Zubir turut memaklumkan isterinya memilih untuk mengekalkan nama asal selepas berkahwin kerana pertukaran nama bukan satu kewajipan di Malaysia selain melibatkan pelbagai urusan rasmi.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement