Skip to main content

Hiburan

Zukie Bidas Tanggapan Snuker Permainan Tak Elok - “Sebenarnya Ia Salah Satu Sukan Yang…”

Zukie

Sekilas

  • Zukie, pempengaruh dan Youtuber, muncul juara Celebrities Snooker Tournament 4.0 selepas berlatih snuker selama setahun dengan pemain wakil Malaysia.
  • Beliau berkongsi bahawa tanggapan negatif terhadap snuker seperti kaitan dengan judi dan arak kini berubah kerana pusat snuker kini lebih terkawal dan sihat.
  • Zukie membawa pulang hadiah utama RM10,000, manakala pelawak Johan mendapat tempat kedua dengan hadiah RM5,000.
Advertisement

Sekali lagi pempengaruh dan Youtuber, Zukie menjadi juara Celebrities Snooker Tournament 4.0 yang diadakan di Snok Room @ Kota Damansara baru-baru ini. 

 

Advertisement

Menurut Zukie, dia mula berjinak dalam sukan snuker pada penghujung 2024 dan berlatih bersama pemain wakil Malaysia selama setahun. 

 

“Saya mula main pada hujung 2024. Masa itu memang main nak masuk pertandingan ini la. Tapi dah terlambat. Waktu itu Tok Ram menang. 

Advertisement

 

“Saya ambil masa setahun untuk berlatih betul-betul dan masuk kelas dengan pemain snuker wakil Malaysia. Alhamdulillah tahun lalu saya menang dan masih juara,” kata Zukie kepada Gempak. 

 

Berkongsi mengenai snuker, Zukie mengakui sebelum ini ramai yang berpendapat permainan itu tidak elok namun kini tanggapan tersebut sudah berubah. 

 

“Biasalah snuker ini orang selalu kaitkan dengan permainan yang dekat dengan judi… macam benda tak eloklah. Kalau dulu orang ingat snuker ini mesti ada arak. 

 

“Tempat budak-budak nak ponteng sekolah. Tapi sekarang dah berbeza. Sekarang ini pusat snuker nak hisap rokok pun tak boleh,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Zukie juga beranggapan snuker merupakan sukan yang sihat memandangkan ia memerlukan daya fokus dan kestabilan badan yang sangat tinggi.

 

“Mungkin orang dah tanam dalam fikiran yang snuker ini tidak baik. Sebenarnya snuker ini salah satu sukan yang sihat juga. 

 

“Sebab ia memerlukan fokus yang tinggi, kestabilan badan, decision maker, kita nak buat keputusan untuk kita tembak sasaran bola. 

 

“Selain itu dapat mengeratkan silaturahim macam ni. Bila lagi kita nak kumpulkan influencer dan selebriti yang hebat seramai 128 orang bersama kan?” katanya. 

 

Zukie membawa pulang RM10,000 sebagai hadiah utama, manakala tempat kedua Celebrities Snooker Tournament 4.0 dimenangi oleh pelawak Johan yang menerima RM5,000. 

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Must Watch Video

Advertisement