Skip to main content

Hiburan

Zul Huzaimy Dedah Arwah Ismail Din Pentingkan Zakat, Tak Pernah Tinggal Tahajud - “Kalau Gaji RM5,000, Dia Hanya Ambil…”

Ismail Din

Sekilas

  • Zul Huzaimy berkongsi bahawa Allahyarham Ismail Din sangat istiqamah dalam beribadah dan mengamalkan potongan zakat secara terus dari gaji setiap kali menerima bayaran.
  • Arwah Ismail juga terkenal dengan disiplin solat sunat Tahajud walaupun selepas penat bekerja hingga lewat malam.
  • Zul menganggap arwah Ismail sebagai figura seperti seorang ayah yang banyak memberi nasihat bukan sahaja tentang kerjaya seni tetapi juga kehidupan.

Pelakon, Zul Huzaimy berkongsi keperibadian pelakon, Allahyarham Ismail Din yang disifatkannya sebagai seorang figura yang sangat istiqamah dalam beribadah.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, arwah Ismail mempunyai satu amalan yang mungkin jarang dilakukan oleh kebanyakan orang melibatkan soal pendapatan.

Kongsi pelakon filem Remp-It ini, setiap kali menerima bayaran, arwah Ismail akan memastikan sebahagian daripada gaji itu akan dibahagikan untuk bayaran zakat.

“Arwah Ismail Din ada satu amalan yang jarang dibuat. Contoh kalau gaji saya bernilai RM5,000, gaji dia pula hanya RM4,875.

“Jadi saya tanyalah kenapa Pak Ismail minta macam ini. Dia jawab, ‘Saya dah minta produksi potong zakat sebanyak 2.5 peratus’,” kongsinya menerusi sesi podcast Borak Kaypoh.

Ujar Zul, amalan itu sangat memberi kesan sehinggakan dia memilih untuk mencontohi tindakan arwah Ismail setiap kali menerima bayaran.

“Itulah amalan dia yang saya amalkan juga sehingga ke hari ini, setiap kali saya dapat payment,” kongsinya lagi.

Bukan itu sahaja, Zul turut berkongsi bahawa arwah Ismail merupakan seorang yang sangat menjaga ibadah dan tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajud walaupun dalam keadaan penat selepas bekerja.

“Pernah saya berlakon dengan dia, habis latihan dalam pukul 11 malam hampir 12 tengah malam.

“Arwah akan keluar pergi makan dan pulang semula pukul 1 pagi untuk tidur. Kemudian 4 pagi begitu dia sudah bangun untuk buat solat Tahajud pula,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Zul menyifatkan arwah Ismail sebagai seorang ayah kerana banyak memberikan nasihat kepadanya bukan saja mengenai kerjaya seni malah turut menasihatinya soal kehidupan.

“Banyak lagi kisah baik tentang arwah. Sepanjang kenal dia, dia selalu pesan kepada saya supaya jadi orang yang baik dan tak tinggal solat.

“Pada saya, dia seorang yang sangat hebat. Dah macam figura seorang ayah bagi saya,” katanya.

Sekadar info, Allahyarham Ismail yang popular menerusi filem Mami Jarum menghembuskan nafas terakhir di Makkah pada tahun 2005 di bulan Ramadan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Must-Watch Video

Advertisement