Skip to main content

Hiburan

Zulin Aziz Sahkan Sudah Bercerai, Tamat Tempoh Idah - “Kami Berpisah Secara Baik & Tidak Bermusuhan”

Zulin Aziz

Sekilas

  • Zulin Aziz mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Farhan Norzaini, pada 18 Disember tahun lalu dan baru selesai tempoh idah.
  • Dia memilih untuk merahsiakan punca perceraian dan menegaskan hubungan mereka masih baik serta kekal berkawan.
  • Zulin dan Farhan berkahwin pada 20 Februari 2022 dan menganggap perceraian ini sebagai ketentuan Ilahi.

Satu berita yang agak mengejutkan industri hiburan apabila pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengesahkan bahawa dia sudah pun bercerai dengan bekas suami, Farhan Norzaini.

Ujar pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz itu, dia dan bekas suami sudah pun bercerai pada 18 Disember lalu dan baru sahaja selesai menjalani tempoh idah hari ini.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Zulin enggan mendedahkan punca dirinya mengambil keputusan untuk bercerai.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 lalu

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement