Skip to main content

Selebriti

“Hidup Ini Kadang-Kadang Memang…” - Aina Abdul

IMG 5090

Sekilas

  • Aina Abdul berkongsi makna lagu terbaharunya, SADIS, yang mengisahkan penyesalan, kehilangan, dan penghargaan terhadap insan penting dalam hidup.
  • Lagu ini menggambarkan perasaan menyesal atas pilihan yang dibuat dan mengingatkan bahawa cinta tidak selalu tepat pada waktunya.
  • Aina berharap SADIS dapat menjadi peneman bagi mereka yang merindui seseorang yang pernah memberi makna dalam hidup mereka.
Advertisement

Penyanyi Aina Abdul berkongsi makna mendalam di sebalik karya terbaharunya yang berjudul SADIS, yang menyentuh soal penyesalan, kehilangan dan penghargaan terhadap insan yang pernah hadir dalam hidup.


 

Advertisement

Aina memberitahu dari sudut pandang seorang penulis, dia cuba menggambarkan perasaan seseorang yang menyesali pilihan yang pernah dibuat.


 

“Dari POV seorang penulis, kali ni Aina nak menceritakan apa perasan kalau kita menyesal dengan pilihan kita. Cinta itu tak selalu tepat pada waktunya, tapi dengan waktu juga mengajar kita untuk menghargai seseorang yang penting dalam hidup kita.

Advertisement


 

“Dulu aku benci, sekarang aku rindu… Dulu aku pilih untuk pergi, sekarang aku mencari. Hidup ni kadang-kadang memang bertujuan untuk mengajar kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.


 

“Sebab kita tak kan tahu apa akan berlaku di masa akan datang,” kongsinya menerusi Threads.


 

Dalam masa sama, Aina berharap lagu tersebut dapat menemani mereka yang sedang merindui seseorang yang pernah memberi makna dalam kehidupan.


 

“Semoga SADIS ini menjadi peneman hati yang sedang merindui seseorang yang mungkin/ tak mungkin kita jumpa balik,” kata Aina lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement