Skip to main content

Selebriti

Hype Pickleball Sudah Berakhir? Ini Jawapan Elvina Mohamad - "Dulu Ramai Datang Hanya Untuk..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Datin Elvina Mohamad menafikan dakwaan bahawa sukan pickleball semakin sepi dan hanya popular kerana trend media sosial.
  • Menurut Elvina, ramai yang masih aktif bermain pickleball, terutama mereka yang benar-benar minat dan serius dengan sukan ini.
  • Elvina juga mengakui dia kini lebih fokus bermain pickleball tanpa terlalu kerap berkongsi aktiviti tersebut di media sosial seperti sebelum ini.
Advertisement

Pelakon, Datin Elvina Mohamad tampil memberi pandangan mengenai dakwaan bahawa sukan pickleball yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu kini semakin sepi.

Menerusi perkongsian di Threads, Elvina berkata dia sering membaca komen netizen yang menganggap pickleball hanyalah sukan yang popular kerana trend di media sosial.

Advertisement

"Saya ada baca ramai cakap pickleball ini cuma sukan yang tengah trend je.

"Dulu hype, sekarang dah tak sebab tak nampak orang muat naik atau kemas kini pasal pickleball macam dulu," tulisnya.

Bagaimanapun, Elvina menafikan tanggapan tersebut dan menegaskan masih ramai yang aktif bermain sukan berkenaan sehingga hari ini.

Advertisement

Menurutnya, mereka yang masih kekal bermain kini terdiri daripada individu yang benar-benar meminati sukan tersebut dan bukanlah sekadar mengikut trend atau takut ketinggalan (FOMO).

"Tetapi bagi saya, ramai sahaja yang masih aktif bermain pickleball. Bezanya sekarang, yang kekal ini memang orang yang betul-betul enjoy dan serius dengan pickleball.

"Dulu ramai yang datang sekadar nak bergambar atau buat content sahaja," ujarnya.

Dalam masa sama, Elvina mengakui dia sendiri pernah aktif berkongsi aktiviti pickleball di media sosial, namun kini lebih tertumpu pada sukan tersebut sahaja. 

"Saya pun dulu jenis setiap kali main pickleball mesti nak post. Tapi bila dah lama-lama, saya jadi malas nak post.

"Kadang-kadang saya rakam video, tetapi akhirnya terlupa pula nak muat naik," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

Must Watch Video

Advertisement