Skip to main content

Selebriti

Imran Aqil Kongsi Video Detik Cemas Anak Jatuh Sofa, Yusra Patah Tulang Selangka - “Bila Nampak Dia Menangis & Tak Boleh…”

ASTROGEMPAK Imran Aqil

Sekilas

  • Pelakon Imran Aqil berkongsi video anak perempuannya, Nur Yusra, terjatuh dari sofa dan mengalami patah tulang selangka.
  • Mereka segera membawa Yusra ke hospital selepas dia menangis dan tidak boleh menggerakkan tangan kiri.
  • Doktor mengesahkan tulang mudah sembuh dan Yusra perlu memakai arm sling selama tiga minggu.
Advertisement

Pelakon Imran Aqil berkongsi video memperlihatkan detik cemas anak perempuannya iaitu Nur Yusra terjatuh dari sofa beberapa hari lalu. 

 

Advertisement

Suami kepada pempengaruh Dahlia Rizal ini berkata mereka membawa Yusra ke hospital selepas melihat anak kecil itu menangis dan tidak boleh menggerakkan tangan kirinya. 

 

Imran memaklumkan doktor mengesahkan anak sulungnya itu mengalami patah tulang selangka. 

 

“3 hari lepas, Yusra jatuh dari sofa dan doktor sahkan patah tulang selangka. Bila nampak dia menangis dan tak boleh gerakkan tangan kiri, kami terus bawa jumpa doktor,” kongsinya. 

 

Imran bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila doktor memaklumkan tulang kanak-kanak mudah untuk bercamtum semula dan kini Yusra perlu memakai ‘arm sling’ dalam tempoh tiga minggu. 

 

“Alhamdulillah doktor kata tulang kanak-kanak mudah bercamtum semula. Sekarang Yusra kena pakai arm sling dalam dua dalam tiga minggu,” jelasnya. 

 

Sebelum ini, Imran berkongsi foto memperlihatkan puteri sulungnya mengalami kecederaan tangan memandangkan anak kecil itu memakai ‘arm sling’.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by 𝐈 𝐌 𝐑 𝐀 𝐍 𝐀 𝐐 𝐈 𝐋 (@ijeebster)

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement