Sekilas
- Pempengaruh Cik Epal menerima pujian sebagai ikon wanita kuat, tabah, dan berdikari daripada seorang individu.
- Individu tersebut menganggap Cik Epal sebagai contoh wanita yang tidak pernah menoleh ke belakang dan terus bangkit menghadapi cabaran.
- Cik Epal berkongsi bahawa kekuatan yang dimilikinya adalah kurniaan Allah dan mengajak single mom untuk melihat ujian sebagai perlindungan dan peluang untuk menjadi lebih tabah.
Pempengaruh Cik Epal berkongsi mesej daripada individu yang memuji dirinya dan menganggap usahawan itu sepatutnya dianugerahkan sebagai ikon wanita hebat.
Menerusi perkongsian itu, individu tersebut juga berkata Cik Epal juga melambangkan seorang wanita yang tidak pernah menoleh ke belakang dan terus bangkit.
“You ni boleh diberi anugerah ikon wanita / ibu penyabar, kental, independent dan very strong. Kalau wanita-wanita di luar sana rasa teraniaya, ingtlah CE.
“Dia tak pandang belakang langsung, terus bangkit dan mendoniaa. Happy for you CE. Awak tak rugi apa-apa, Allah swt beri yang lebih baik dan perancangan yang terbaik,” katanya.
Membalas mesej tersebut, Cik Epal memberitahu kekuatan yang dia ada sekarang merupakan kurniaan daripada Allah.
“Tak ada sesiapa pun yang tahu apa yang menanti di masa hadapan. Kadang-kadang, menjadi kuat tu saja pilihan yang kita ada.
“Kalau ada single mom yang pernah terdetik ‘Kenapa Allah uji aku macam ni?’. Mungkin kerana Allah sedang melindungi kita.
“Mungkin kerana Allah mahu menjadikan kita insan yang lebih tabah, lebih matang, lebih dekat dengan Allah,” kongsinya.
Threads - Cik Epal