Skip to main content

Selebriti

Individu Kongsi Detik Cemas Anak Nampak Lembaga Besar Di Kedai Makan Ajak Shiro, Ini Respons Tuan Badan - “Astaghfirullah, Terkejut Saya Dengar…”

ASTROGEMPAK Ajak (1)

Sekilas

  • Seorang individu berkongsi pengalaman anaknya yang didakwa terlihat makhluk halus berwarna hitam dengan mata merah ketika makan di kedai milik pelawak Ajak Shiro.
  • Ajak Shiro mengakui terkejut dengan cerita tersebut tetapi tidak menafikan kewujudan makhluk itu dan berjanji akan bertanya kepada pihak yang lebih arif.
  • Ajak mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan syirik dan bergantung hanya kepada Allah, serta menyarankan individu tersebut untuk berikhtiar bagi anaknya.

Perkongsian seorang individu mengenai anaknya yang didakwa melihat makhluk halus ketika sedang makan di kedai milik pelawak Ajak Shiro iaitu Bumbu Babah meraih perhatian. 

 

Menerusi perkongsian itu, individu itu mendakwa anaknya mengadu dadanya berdebar dengan laju kerana terlihat satu makhluk berbadan besar, berwarna hitam dan mata merah di belakangnya.  

 

“Tengah makan tiba-tiba anak cakap, mummy dada abang laju la. Mummy ignore, dia tak stop bagitau dada dia laju. lepas tu dok sat tu nampak dia makan dalam keadaan takut sambil pegang dada. 

 

“Mata tengok atas. Last dia bagitau belakang mummy ada benda hitam besar, badan dia besar, mata dia merah, rambut dia panjang. Ada lagi video awal yang dia cerita gerak geri dan bentuk.

 

“Memang abang dari dalam pantang dulu selalu kena kacau dan dia memang selalu nampak masa dia tiga ke empat 4tahun,” kongsinya. 

 

Menyedari perkongsian itu, Ajak mengakui dia juga terkejut mengetahui perkara itu namun enggan menafikan atau mengiyakan tentang kewujudan makhluk tersebut. 

 

Bagaimanapun, Ajak memberitahu dia akan bertanyakan perkara tersebut kepada pihak yang lebih arif elain mengingatkan semua orang agar tidak melakukan syirik. 


“Astaghfirullah. Terkejut saya dengar ni… Nauzubillah. Puan, saya tak nak nafikan juga tak mahu mengiyakan tentang wujudnya makhluk itu. 

 

“Saya akan cuba bertanya pada mereka yang lebih arif. Sesama kita mengingatkan jangan sesekali kita melakukan syirik, jangan bergantung pada makhluk lain selain Allah.

 

“(Bukan ustaz, sekadar kongsi). Buat Puan ikhtiar la untuk anak ya,” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement