Skip to main content

Filem

Individu Label Filem 'Sampah' , Ini Jawapan Mimi Lana - “Mungkin Lebih Menarik Jika…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Mimi Lana beri respon terhadap komen negatif yang menggelar filem seram terbaharunya, Polong, sebagai 'sampah'.
  • Pelakon itu menegaskan setiap filem memberi impak berbeza kepada penonton dan menganggap kritikan tersebut keterlaluan.
  • Dia mengajak individu tersebut untuk berbincang secara konstruktif tentang aspek yang kurang memuaskan dalam filem tersebut.
Advertisement

Pelakon, Mimi Lana tampil memberikan respon terhadap kenyataan seorang individu yang menyifatkan filem seram terbaharu yang dibintanginya iaitu Polong adalah ‘sampah’.

Pemilik nama penuh Mimi Roziana Zainal Abdin,31 itu berkata bahawa setiap filem memberi kesan berlainan pada setiap penonton, maka untuk menggelarkan sesbuah karya sebagai ‘sampah’ adalah agak keterlaluan.

Advertisement

“Tak semua filem akan memberi impak yang sama kepada setiap penonton, dan itulah keindahan dalam dunia seni.
 

“Namun, untuk menyifatkan sesebuah filem sebagai sampah agak keterlaluan terutama apabila ramai yang benar-benar terhibur, ketawa dan menikmati pengalaman tersebut bersama kami,”tulisnya.

Dalam masa sama, Mimi yang membawa watak sebagai Fatima dalam filem tersebut turut menyarankan agar individu tersebut seeloknya memilih pendekatan perbincangan bagi penambahbaikan sesebuah naskhah. 

Advertisement

“Mungkin lebih menarik jika kita berbincang tentang bahagian mana yang kurang menjadi pada pandangan anda kerana setiap filem yang dihasilkan adalah penuh dengan usaha, jiwa dan kerja keras daripada ramai pihak di belakang tadbir.

“Apa pun terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk menonton filem ini. Kami amat menghargai sokongan dan pandangan anda,”ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement