Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10):Isu Lagu La BamBa Berniat Rosakkan Imej, Azharina Tak Teragak Nak Saman - “Bukti Ada, Hal Ini Melebih-Lebih,”

Mya Amri
04/12/2023
00:05 MYT
Finalis, All Stars Gegar Vagannza (ASGV), Azharina Azhar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar video persembahan 'busking' La BamBa sekiranya terus berniat untuk menjatuhkan reputasinya sebagai penyanyi.
Menurut Azharina, dia telah berbincang dengan dua orang peguamnya mengenai isu video tular tersebut.
“Saya tanya pendapat peguam mengenai hal ini. Semua bukti-bukti sudah saya kumpul termasuk komen-komen netizen.
"Kalau dia teruskan perkara ini, saya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan seterusnya kerana ini satu hal berlebih-lebihan," katanya.
Azharina berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Mengulas mengenai dakwaan menipu ketua juri ASGV, Datuk Ramli MS mengenai isu lagu La Bamba, Azharina menegaskan dia tidak mempunyai niat untuk berbohong.
Sebaliknya, Azharina berkata dia sebenarnya tidak mengingati langsung mengenai persembahan busking berkenaan.
"Kalau anda berada di posisi saya, disoal bertubi-tubi, bolehkah ingat semula memori tersebut? Pasti tidak.
"Sejujurnya memang tidak ingat perkara itu pernah berlaku. Saya disoal adakah pernah nyanyi lagu La Bamba di majlis makan malam. Jawapannya memang tidak pernah.
"Jujur saya beritahu, memang tidak boleh ingat, persembahan berlaku secara spontan. Nyanyian pun huru-hara, di tepi jalan pula.
"Persembahan busking itu berlaku sekitar tujuh tahun lalu di ibu negara dan saya diminta untuk menyanyi lagu La Bamba secara spontan dan hasilnya memang tunggang-langgang.
"Bolehkah anda ingat apabila sudah melakukan banyak persembahan ditambah pula perlu menelan ubat sebanyak 32 biji sehari," jelasnya.
Terdahulu, nama Azharina hangat diperkatakan selepas muncul sebuah video merakamkan dirinya menyanyikan lagu La Bamba milik Los Lobos secara busking di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Video tersebut mula tular apabila ada pihak mendakwa Azharina telah menipu Ramli dengan menyatakan tidak pernah menyanyikan lagu tersebut dalam mana-mana persembahan sebelum ini.
Pertanyaan tersebut diajukan oleh Ramli selepas persembahannya pada konsert suku akhir ASGV minggu lalu namun dinafikan Azharina.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga Tugasan!

Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad depan dan dibawakan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104).
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Seluar Skinny Harimau Tomok Jadi Perhatian Netizen, Tok Ram Kata - “Stylo...

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

gempak
29/05/2024
01:54 MYT
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.
Gegar Vaganza All Star

Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Kekurangan Dalam Nyanyian, Datin Alyah Respon - “Kita Tak Pernah Salahkan...”

gempak
12/12/2023
00:55 MYT
Nana mohon maaf kalau ada kekurangan.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Ada Momen Saya Merasakan Sudah Tiba Masa Berhenti Menyanyi…”- Liza Hanim

gempak
11/12/2023
08:55 MYT
Ramai yang sayangkan Liza Hanim.
Gegar Vaganza All Star

"Saya Expect Pilih Lagu Sendiri Akan Perform Bermati-Matian" - Tok Ram

gempak
11/12/2023
07:50 MYT
80% markah pusingan solo.