Film

Penonton Mengalir Air Mata Tengok Filem Sayap-Sayap Patah, Cecah RM40 Juta Kutipan Di Indonesia; “Tayangan Gala Di KL Oktober Ini”

Asyikin Mayudin
01/10/2022
09:55 MYT
Sebuah kisah benar yang menyentuh perasaan, jadi tidak hairanlah apabila ramai jemputan hadir menyaksikan pra tonton filem Sayap-Sayap Patah arahan Rudi Soedjarwo di Jakarta pada 14 Ogos lalu dilihat mengalirkan airmata.
Ini kerana filem yang menampilkan lakonan Nicholas Saputra, Ariel Tatum, Iwa K, Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, dan Revaldo berkisarkan tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018.
Dalam kejadian yang menggemparkan seluruh negara termasuk di peringkat antarabangsa ini, pertempuran hebat sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh dan seramai lima anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.
Sebaik ditayangkan di Indonesia sejak 18 Ogos lalu, filem genre drama tragis ini berjaya meraih sambutan hangat daripada lebih dua juta penonton di republik itu dengan kutipan tiket sekitar RM40 juta.
Ada penonton yang menyifatkan Sayap-Sayap Patah sebuah filem genre thriller, namun kelihatan romantis dan berakhir dengan penuh tragis malah ramai tokoh-tokoh terkenal memuji skripnya dan kualiti lakonan semua pelakonnya.
Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani berkata, filem ini layak ditonton untuk sesiapa sahaja yang menyintai Indonesia.
"Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap-Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam cukup terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini.
"Malah sekumpulan media Malaysia yang turut diundang menonton Sayap-Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu turut mengakui filem ini sebuah karya terbaik dan cukup mengesankan.
"Mengikut perancangan, MoreADD Holding akan menganjurkan Tayangan Gala Sayap Sayap Patah di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober ini diikuti dengan tayangan umum di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam," katanya.
Dalam filem ini, Nicholas yang digilap bakat oleh Rudi Soedjarwo menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) kira-kira 20 tahun lalu, melakonkan watak Adji salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani (Ariel Tatum).
Filem lain arahan Rudi termasuklah 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Matahari, 40 Hari Bangkitnya Pocong dan Mendadak Dangdut.
Sayap Sayap Patah diterbitkan aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K. Lagu Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi telah dipilih menjadi OST filem blockbuster ini.
Ramai memuji skor muzik serta kesan bunyi untuk filem ini yang banyak membantu babak-babak sedih, ceria dan mendebarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.