Pelakon, Norman Hakim sendiri akui tidak percaya dapat bertahan di The Masked Singer Malaysia (TMSMY3) sehingga minggu keenam.

Menurut Norman, berada di minggu keenam itu boleh dianggap sebagai satu kejayaan peribadi bagi dirinya.

“Sejujurnya saya rasa gembira kerana untuk Zirafah berada sampai minggu keenam ini pun dah dikira sebagai satu kejayaan secara peribadi.

“Sebab kalau nak tahu doa pertama Zirafah masa mula-mula masuk Masked Singer yang ketiga ini adalah jangan terkeluar di minggu pertama.

“Bukan kita nak memandang rendah kepada diri sendiri tetapi sebab kita tahu kita akan bersaing dengan semua penyanyi hebat Malaysia yang kita tidak tahu pun siapa.

“Berada di minggu keenam ini boleh dikatakan satu kejayaanlah buat seorang pelakon untuk menyanyi dalam Masked Singer,” katanya ketika ditemui Gempak

Mengulas mengenai maskot Zirafah antara yang paling sukar diteka, ini jawapan lucu Norman:

“Zirafah king of bottom three setiap minggu, mana nak dapat macam tu, dia ada dua sebab. Kita pelakon, memainkan peranan untuk mengelirukan penonton dan juri.

“Jadi saya cuba secara spontan untuk melakukan perkara itu dan kadang-kadang kita membangkitkan perasaan geram pada perasaan juri untuk tahu siapa sebenarnya Zirafah,” ujarnya ketawa.

BACA: TMSMY3: Tekaan Kak Lina Power! Tak Sangka Zirafah Rupanya Norman Hakim!

Minggu ini, Zirafah menyampaikan lagu berjudul Lelaki Seperti Aku nyanyian asal Alif Satar.

Selain Zirafah, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah adalah Bertih Jagung dan Nyoq Muda.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.