Skip to main content

Selebriti

“Insya-Allah, Saya Kuat…” - Marissa Dania Hakim

Bakar isteri

Sekilas

  • Marissa Dania Hakim menerima keputusan perceraian dengan reda selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai mereka.
  • Marissa memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan berharap urusannya dipermudahkan pada masa akan datang tanpa mengulas lanjut mengenai hubungan dengan Ahmad Aslam selepas ini.
  • Peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam mengesahkan pasangan tersebut bukan lagi suami isteri selepas keputusan mahkamah.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim menerima dengan reda apabila perkahwinannya bersama Ahmad Aslam telah berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan mereka sah bercerai.

Menurut Marissa, dia menerima takdir yang telah diaturkan buatnya dan memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan berharap segala urusannya dipermudahkan pada masa akan datang.

Advertisement

“Insya-Allah saya kuat. Saya okay dan reda. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini. Doakan saya,” ujarnya ringkas.

Marissa berkata demikian selepas mahkamah mengesahkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Aslam selepas ini dan adakah mereka masih boleh berkawan meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, Marissa memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Anak kepada pelakon Abby Abadi itu juga enggan berkongsi lebih banyak mengenai perasaannya atau menceritakan secara terperinci situasi yang dilaluinya selepas perceraian tersebut.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser, mengesahkan pasangan berkenaan bukan lagi suami isteri selepas mahkamh membuat keputusan berhubung status perkahwinan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement