10 Amalan Yang Boleh Dilakukan di Waktu Pagi:

  1. Bangun awal subuh, seeloknya sekitar jam enam pagi, ia akan menyegarkan minda dan tubuh.
  1. Teruslah mandi kerana mandi awal pagi. Kajian sains mengatakan kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Gas ozon ini amat penting untuk tubuh badan. Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan.
  1. Solat subuh, berzikir dan berdoa. Mendekatkan diri dengan Allah adalah terapi paling bagus pada subuh yang hening dan sunyi.
  1. Pandang wajah di depan cermin dan berselawat, senyumlah seikhlasnya dan lafazkan rasa syukur kerana masih mampu menghirup udara pada pagi ini. Pujilah keindahan ciptaan Tuhan pada dirimu sebagai tanda syukur.
  1. Ambil sarapan sihat dan ringan untuk mengalas perut dan memberi tenaga sebelum memulakan harimu.
  1. Jika berkesempatan, solatlah sunat dhuha, seperti yang kita tahu waktu dhuha adalah waktu yang baik menjemput rezeki.


Kredit Foto: Google

  1. Jangan tidur semula. Sebaiknya, mulalah dengan aktiviti mengeluarkan peluh seperti berolah raga atau mengemas laman rumah. Aktifkan diri dengan banyak bergerak, jangan bermalas-malas.
  1. Sebelum keluar rumah, salam dan bermaafanlah dengan pasangan, anak-anak atau keluarga di rumah. Pastikan kita keluar dari rumah dengan perasaan selesa dan positif.
  1. Tegurlah orang di sekelilingmu seperti jiran-jiran, pengawal keselamatan di kediamannmu misalnya atau rakan-rakan sekerja. Sedekahkan senyuman dan berilah salam. Mulakan dulu, jangan tunggu orang untuk menegurmu dulu. Ini dapat membuang rasa ego dalam diri.
  1. Tarik nafas dalam-dalam, lihatlah permandangan yang indah, dengarkan alunan bacaan Quran atau lagu yang dapat menenangkan jiwamu. Beri makanan kepada jiwa terlebih dulu sebelum memulakan sesuatu pekerjaan yang lebih berat.


Kredit Foto: Google