Siapa kata tak sesuai untuk majlis di sini? Jadikan sahaja ia ilham asas kemudian inovasikan mengikut kesesuaian dan budaya kita di sini. Tidak semuanya seksi mendedahkan, ada juga yang nampak sopan dan manis sahaja.


Potongan, material dan perincian antara elemen penting dalam ‘mendirikan’ sepasang gaun pengantin. Untuk gaya malar segar pastikan rekaannya tidak merapu dan kekal diterima sepanjang zaman.


Jom tengok, gaya selebriti dan wanita penting yang pernah menyerikan mata tetamu dengan penampilan mereka di hari bahagia mereka itu.




Kredit Foto: Google



Grace Kelly
Siapa boleh menidakkan gaun pengantin klasik ini sebagai salah satu yang akan sentiasa diingati. Menikahi Monaco’s Prince Rainier III pada 19 April 1956, Grace Kelly dilihat sungguh anggun setara statusnya itu. Gaun direka dengan leher tinggi dan berlengan panjang ini adalah daripada MGM, pereka kostum Helen Rose. Diperbuat daripada renda Brussels lembut, ditokok dengan ribuan mutiara berjahit tangan, di samping silk taffeta skirt boasted.







Kredit Foto: Google



Kate Middleton
Semua pasti masih ingat perkahwinan gemilang antara Kate Middleton dan Prince William di London’s Westminster Abbey pada 29 April 2011. Gaun pengantinnya itu adalah gabungan antara elemen moden dan klasik yang menyatukan deep V-neckline dengan long lace sleeves juga dramatic train (diseliakan oleh adiknya, Pippa Middleton). Gaun ini rekaan Alexander McQueen. The Duchess of Cambridge turut memakai tiara (dipinjam daripada Queen Elizabeth II) bersama layah panjang yang dibuat daripada silk tulle dengan perincian bunga.







Kredit Foto: Google



Jackie Kennedy
Wanita pertama Jacqueline Bouvier yang berkahwin dengan John F. Kennedy pada tahun 1953 memilih bouffant ball gown. Ia direka oleh Ann Lowe menggunakan hampir 50 kaki ivory silk taffeta. Adi busana yang disarungkannya pada hari bersejarah itu penuh dengan sentuhan sentimental; skirtnya menampilkan bunga-bunga lilin yang ditenun menjadi jahitan sementara layahnya adalah milik neneknya yang diperturunkan kepada beliau.







Kredit Foto: Google




Audrey Hepburn
Walaupun dia mungkin lebih dikenali untuk pakaian pengantin leher bateau yang diperagakannya dalam filem Funny Face, gaun pengantin peribadi Hepburn tidak kurang indahnya. Direka oleh Pierre Balmain, penciptaan tea-length menampilkan leher tinggi dan lengan panjang, yang dipadankan dengan sarung tangan panjang siku rona putih.







Kredit Foto: Google




Priyanka Chopra
Perkahwinan dua budaya yang dirai meriah! Pelakon Bollywood ini mencipta berita gempar apabila berkahwin dengan penyanyi, Nick Jonas yang menyatukan Kristian-India dalam keraian perkahwinan mewah di India. Untuk gaun moden ini, Priyanka memilih gaun busana daripada Ralph Lauren— dengan kemasan perincian lebih dua juta jemeki bersama layah berkepanjangan 75 kaki!







Kredit Foto: Google




Celine Dion
Ribuan orang berdiri di luar Notre-Dame Basilica di Montreal pada 17 Disember 1994, untuk melihat perarakan masuk penyanyi lagenda, Celine Dion ketika perkahwinannya bersama pengurusnya, René Angélil. Celine memakai ball gown berukuran 20 kaki yang direka oleh Mirella dan Steve Gentile. Ia menampilkan garis leher yang indah, pinggang yang disarungkan skirt penuh dan berlengan panjang. Lebih dramatik, beliau turut memakai headpiece yang dihiasi dengan 2,000 kristal Austria.







Kredit Foto: Google




Kate Moss
Menikahi Jamie Hince pada 1 July 201, beliau tampak mempesona dalam effortless bias-cut gown. Memilih label Dior yang direka oleh John Galliano, gaun ini diinspirasikan daripada Zelda Fitzgerald. Menampilkan illusion neckline dan gold embroidery. Model terulung ini turut mengenakan Juliet cap veil, satu lagi stail Jazz Age.







Kredit Foto: Google




Ashlee Simpson
Sungguh sempurna beliau dalam gaun rekaan Houghton. Menikahi Evan Ross pada 30 Ogos 2013, begitu cantik dengan busana dua lapis renda. Penyanyi ini memakai three-quarter-sleeve lace crop top dengan perincian mutiara dan skirt renda panjang. Skirt ini dijahit lebih tinggi di bahagian depan dan leretan di bahagian belakang. Gayanya disempurnakan dengan layah renda sutera bersama aksesori kepala.








Kredit Foto: Google




Melania Trump
Mewah dan bergemerlapan majlis perkahwinannya bersama Donald Trump pada 22 Januari 2005. Gaun tanpa lengan dengan potongan mermaid ini dicipta oleh by John Galliano untuk Christian Dior. Diperbuat daripada 300 kaki satin duchesse dan lebih 1,500 handstitched crystal rhinestones dan mutiara. Tidak ketinggalan layah berkepanjangan 16 kaki!







Kredit Foto: Google




Kim Kardashian
Seperti selalunya, dia tidak pernah kalah dengan fesyennya. Pastinya untuk gaun pengantin, ia antara yang akan dikenang sepanjang zaman. Mengenakan gaun custom lace mermaid, ia hasilan teman baiknya sendiri, Givenchy’s Ricardo Tisci. Titip tumpu utama gaun ini adalah pada bahagian belakangnya yang menampilkan renda hitam jarang bersama panel jarang di pinggang dan berlengan panjang juga padanan layah cathedral-length.