Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

10 Jenis ULAM Yang Bagus Untuk AWET MUDA – Sebab Tu Orang Tua Dulu Lawa Sihat Sampai Akhir Hayat

Afiza Kamarulzaman
16/10/2021 12:26 MYT

PEGAGA

Pegaga ini walaupun rasanya pahit tapi masih boleh dikunyah makan bersama nasi dan lauk-pauk. Kerana pahitnya itulah buat ia sangat berkhasiat. Ulam pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dan membantu peredaran darah serta kesihatan kulit. Ia juga boleh dibuat jus untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan untuk seri wajah.




JANTUNG PISANG

Pokok pisang memang besar fungsinya daripada buahnya, daun sehinggalah jantungnya. Jatung pisang selalunya direbus dahulu untuk dijadikan ulam. Ia tinggi serat dan mampu membantu elak sembelit. Bagus dijadikan makanan ketika puasa untuk elak susah membuang air besar.





PETAI

Sedapnya dibuat sambal udang. Ada yang suka begitu saja atau dibuat jeruk. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8%. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.





ULAM RAJA

Ini atara ulam yang mudah didapati dan senang membiak. Ibu dalam pantang digalakkan makan ulam raja. Khasiat ulam raja ni adalah untuk meremajakan kulit dan boleh diamalkan untuk awet muda. Makanlah selalu untuk wajah sentiasa nampak remaja!


KACANG BOTOL

Ia dikatakan kaya dengan protein dan juga mineral yang bagus untuk kesihatan badan. Sedapnya makan bersama sambal belacan atau dibuat kerabu. Rasanya yang rangup memang menyelerakan.




TIMUN

Timun juga antara ulam yang sangat popular dan digemari rakyat Malaysia. Timun boleh mengatasi masalah sembelit dan gastrik. Ia juga memberi hidrasi dan mineral pada kulit. Selain kandungan air yang tinggi, ia juga kaya dengan pelbagai jenis nutrisi. Protein, serat, vitamin C, vitamin K, magnesium, potassium dan manganese.





CEKUR

Berdasarkan analisis makmal dan kajian lepas, cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam. Ulam cekur sering digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.




SELOM

Daun selom mengandungi 91.6%air, 1.1% protein, 4.4%karbohidrat, 1.0% serabut, 1.5% abu serta 0.4% lemak. Hampir setiap bahagian pokok selom mempunyai fungsi dan nilainya dalam perubatan. Batang serta daun salon dikatakan boleh meredakan bisul, gigitan yang disebabkan oleh kuda,kala jengking, ular dan di tempat yang bengka. Ini boleh dilakukan dengan menumbuk lumat batang dan daunnya lalu ditampal pada tempat yang sakit. Ia juga mengandungi Vitamin C yang baik untuk kulit.





REBUNG
Sesetengah orang tidak sukakanya kerana baunya kuat. Sayuran ini bukan sahaja memiliki sifat antiradang, malahan juga mempunyai sifat antifungus yang sangat membantu dalam merawat masalah kulit yang disebabkan oleh fungus. Vitamin dan mineral yang dipunyainya juga membantu dalam proses penciptaan sel kulit baharu sekali gus menyembuhkan luka. Kandungan vitamin E di dalamnya juga bagus untuk kulit. Vitamin ini merupakan antioksidan yang mampu membantu mencegah radikal bebas yang akan merosakkan bahagian tubuh badan terutamanya kulit selain mempercepatkan proses penuaan.





KADUK

Agak kurang popular dijadikan ulam tapi besar juga fungsinya. Antaranya khasiatnya ialah merawat sembelit, sakit gigi, demam malaria, lemah dan sakit tulang, melawaskan kencing melegakan selesema dan batuk, panau, bisul, kuku kena cagu ( tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepastu sapu kat kawasan yang ada panau) bagus untuk masalah usus yang nipis. Dan pastinya juga untuk awet muda.



*Kredit Foto: Google
#Awet Muda #Khasiat #ulam
;