Read
10 Kaedah Hilangkan Nafas Berbau yang Mesti Anda Lakukan — Tips No. 3 Jangan Diabaikan!
Oleh: Norhaizan Ahmad
Kredit foto : Getty Images
Nafas berbau atau halitosis sungguh memalukan kerana boleh menyebabkan orang tidak selesa berbual atau berdamping dengan kita. Saya yakin ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya.
Kebanyakannya berasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang berasa rendah diri, tidak kurang yang tersinggung apabila ditegur oleh individu yang rapat dengan mereka dan ada segelintir kecil yang malu untuk bercakap dengan orang. Sikap tidak mengambil berat soal kebersihan mulut rupa-rupanya boleh menyebabkan hidup kita merana.
BAGAIMANA NAK TAHU YANG ANDA MEMPUNYAI MASALAH MULUT BERBAU?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahuinya kerana telah terbiasa dengan bau mulut sebegini. Cara paling berkesan ialah bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak.
Jangan berasa kecil hati apabila ditegur, sebaliknya berterima kasih kerana boleh mengatasi masalah ini dengan segera. Selain itu, ada juga sejenis alat yang digunakan oleh doktor gigi (halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Kredit foto: Google
APA PATUT ANDA LAKUKAN SEKIRANYA MEMPUNYAI MASALAH INI?
1. Membersihkan gigi setiap hari (ambil masa memberus paling kurang dua atau tiga minit). Pastikan anda memberus dan menggunakan benang flos dengan betul kerana ini akan membuang bakteria dan lebihan makanan. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau.
2. Memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda, selebihnya masih kotor.
3. Membersihkan lidah setiap hari. Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan lidah dan di bahagian belakang lidah!
4. Bersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Kini sudah banyak berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.
5. Boleh gunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah. Berus perlahan-lahan, gerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
6. Minum air paling kurang dua liter sehari. Meneguk air dengan kerap membuat mulut anda sentiasa dibasahi air. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringanmulut disebabkan ubat atau mereka yang kerap bercakap, cara ini paling bagus bagi memastikan mulut sentiasa basah.
7. Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas sisa makanan pada gigi dan melembabkan mulut - membuatkan ia kurang sesuai untuk didiami oleh bakteria anaerob.
8. Elakkan guna pencuci mulut beralkohol. Menggunakan ubat kumur beralkohol boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut, lantas menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Jadi pastikan ubat kumur anda bebas alkohol.
9. Mengunyah gula getah tanpa gula. Guna cara ini jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan tengah hari atau selepas menikmati kudapan. Sisa makanan dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang, sekali gus menyegarkan nafas.
10. Berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali bagi mengelakkan masalah gigi dan gusi yang menyebabkan nafas berbau. Doktor boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.
Kredit foto: Google