Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

10 Kesilapan Andaman PENGANTIN – Jangan Salah Dik! Biarlah Solekan Itu Kekal MALAR SEGAR.

Afiza Kamarulzaman
14/09/2020 09:08 MYT


10 Kesilapan Solekan Pengantin Kalau Boleh Elakkan, (Perkongsian Seorang Jurusolek SeniorKepada Penulis):

  1. Ada pengantin membuat persiapan beberapa hari sebelum mekap dengan melakukan pembentukkan kening dengan teknik threading (cabutan dengan benang) sehingga kening menjadi terlalu halus. Ia akan buat raut wajah kelihatan ‘palsu’ dan ‘garang’. Ingat, kening adalah penentu air muka seseorang.

  1. Melakukan rawatan muka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, sedangkan sebelum ini anda tidak pernah melakukannya. Ini akan memberikan kejutan pada kulit wajah, apatah lagi jika anda sendiri tidak pasti kondisi kulit dan kesesuaian dengan jenis rawatan itu. Kita bimbang, ia akan mengundang iritasi dan anda tidak punya cukup masa untuk memulihkannya.
  1. Kita faham keterujaan pengantin yang mahu kelihatan menyerlah pada hari bahagianya itu. Namun, memilih untuk memakai bulu mata palsu yang terlalu tebal dan panjang hingga mengenegelamkan warna pembayang mata adalah tidak sesuai.
  1. Disebabkan mahu kelihatan berseri, ada pengantin sanggup ‘request’ warna bedak asas yang terlalu putih untuk wajahnya. Salah dik, sangat salah!
  1. Ada juga yang suka mengaplikasi produk pantulan cahaya yang keterlaluan pada bahagian batang hidung, pipi dan dagu. Lebih parah, kalau dijadikan bahan sapuan keseluruhan wajah. Aduh, anda akan kelihatan seperti bergolek di atas minyak!
  1. Keterujaan melampau untuk Nampak gah, ada pula yang menggabungkan produk glitters pelbagai warna pada solekan mata. Kalau mahu gaya glamor, seharusnya pilih satu warna yg bertepatan sahaja.
  1. Dandanan gelombang Hollywood wave yang terlalu kaku, terutamanya stail yg disisir semua ke arah sebelah bahu. Tidak membantu pengantin untuk nampak classy ya!
  1. Katakan tidak pada dandanan rambut yang disanggul ke atas tetapi terlalu banyak juraian-juraian rambut yang dileraikan menutupi bahagian bentuk muka dan bahagian tengkuk.
  1. Untuk perhiasan tradisional seperti cucuk sanggul, jika mahu digunakan kepada pengantin bertudung, elakkan tudung yang terlalu sarat perinciannya. Bahagian jahitan tepi tudung biarlah minimal motifnya, seeloknya plain atau kosong sahaja.
  1. Kalau mahu solekan bertahan lama, solekan tidak semestinya tebal. Persiapan asas mekap sangat penting di samping elakan produk yang terlalu berpelembap atau terlalu dewy kesannya. Ada kala, wajah yang disolek dewy akan kelihatan berminyak dan menampakkan wajah yang letih instead of segar. Disarankan bedak asas jenis matte untuk wajah tampil lebih semulajadi ‘glowy’ dan semi matte untuk yang agak kering.


Kredit Foto: Google


#Solekan #Pengantin #Andaman
;