10 Lauk-Pauk Kering Yang Simple Tapi Boleh Buat Nasi Bertambah, Tengok Ni Sumpah Terliur! — Kamu Suka Yang Mana?
Afiza Kamarulzaman
01/10/2019 00:42 MYT
01/10/2019 00:42 MYT
1. Telur Mata Kicap
Ini lauk paling lagend. Tak kira dewasa atau kanak-kanak amat menyukainya. Direnjis dengan kicap, ditabur bawang dan cili api, aduhai...
Kredit foto: rasa.my
2. Sambal Bilis
Sama ada dibuat versi merah atau hijau (cili api), ini juga antara lauk yang sangat enak dimakan kering-kering. Pedas masin rangup!
3. Ikan Masin/Pekasam
Ikan masin belanak, sepat, tenggiri jeruk, gelama dan pelbagai lagi jenis ikan yang dijadikan ikan kering sungguh sedap digaul dengan nasi panas.
4. Sambal Udang/Sotong
Lauk sedikit mewah. Sambal udang atau sotong dicampur petai pun sungguh menggiurkan.
5. Sambal Belacan/Sambal Tempoyak/Sambal Gesek
Inilah penyedap untuk setiap suapan nasi. Makan ni dengan ulam-ulam pun sudah cukup buat kecur air liur.
6. Daging Dendeng
Lauk ini memanglah sedap! Boleh disimpan berbulan-bulan dalam peti ais. Sedap makan begitu saja.
Kredit foto: Liputan6.com
7. Sambal Jawa
8. Sambal Tempe
9. Ayam Goreng Kunyit
10. Ikan Goreng Garing
Kredit foto: Liputan6.com
7. Sambal Jawa
Campuran tempe, suhun, tempe, kacang panjang, lobak merah, cili dan tempe. Jarang didapati mungkin sedikit remeh untuk dimasak.
Kredit foto: blogopsi.com
8. Sambal Tempe
Asalnya dari masakan orang Jawa, sambal tempe kini menjadi kegemaran sesiapa saja. Ratah saja pun sedap.
9. Ayam Goreng Kunyit
Pekena dengan telur mata dan sambal pedas, inilah lauk yang tidak pernah mengecewakan.
Kredit foto: Foodadvisor.my
10. Ikan Goreng Garing
Siapa mampu menolaknya? Ikan kecil-kecil yang digoreng garing cicah dengan sambal belacan atau sambal kicap, aduhai sedapnya!
Kredit foto: countyfood.blogspot.com