,
Highlights

10 Mitos Masalah Kulit – Nombor 2 Mesti Ramai Pernah Buat, Baik Mengaku!

Huda Hussain
12/11/2019
06:43 MYT
Kulit yang halus, cerah dan licin pasti jadi dambaan setiap wanita. Malah ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang tetapi akhirnya impian untuk memiliki kulit lembut sehalus bayi lebur begitu sahaja.
Dan, sejauh manakah kamu peka dan mengenali dengan terperinci perihal kulit kamu sendiri? InTrend bongkar dilema penjagaan kulit yang sering kali dialami wanita dan solusi bijak yang perlu dilakukan segera.
Kredit Foto: Google
Mitos 1: Kerap bersihkan wajah sebenarnya adalah penyelesaian mudah untuk bebas daripada masalah kulit. Cubalah!
Fakta : Ternyata semakin kerap kita membersihkan wajah, ia akan membuatkan kulit wajah semakin kering. Kamu juga perlu tahu apabila kulit wajah kering, ia akan memaksa kelenjar minyak yang ada di wajah menghasilkan minyak yang banyak lantas akan membuatkan kulit semakin berminyak.
Solusi : Bersihkan wajah secara teratur sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit. Hasilnya kulit akan cerah dan bersinar.
Mitos 2: Hey, kulit wajah boleh dibersihkan dengan sabun badanlah…
Fakta : Kandungan bahan di dalam sabun badan terdiri daripada penggunaan bahan yang ‘keras’ sekali gus membuatkan kulit mudah kering. Solusi : Gunakan pembersih yang khusus untuk kulit wajah. Lazimnya pembersih muka mengandungi bahan yang terdiri daripada butiran halus untuk menanggalkan kotoran dan minyak secara aktif.
Kredit Foto: Google
Mitos 3: Air panas atau air sejuk lebih berkesan nak tanggalkan kotoran dan minyak?
Fakta : Wap air panas membantu untuk membuka pori-pori kulit. Namun demikian, menggunakan air panas ketika membersihkan wajah akan membuatkan kulit wajah menjadi lebih sakit akibat iritasi.
Solusi : Lebih baik gunakan air sejuk atau air suam untuk membersihkan kulit wajah. Air suam itu berupaya membuatkan kulit menjadi lebih relaks. Manakala air sejuk pula membuatkan kulit wajah menjadi lebih segar selain menutup pori-pori.
Mitos 4: Kerap minum air masak dikatakan baik untuk kulit. Betulkah?
Fakta: Benar. Ia bermanfaat untuk kesihatan tubuh terutamanya untuk kesihatan organ dalaman.
Solusi: Kulit sering mengalami kekeringan kerana faktor seperti matahari, berada dalam pejabat yang diliputi penghawa dingin dan lain-lain. Justeru, pastikan kamu minum air masak lapan gelas sehari.
Kredit Foto: Google
Mitos 5: Cara untuk mendapatkan kulit bersih adalah dengan menghilangkan minyak pada kulit. Mesti lebih berkesan kan?
Fakta: Tidak benar. Menjaga keseimbangan dan kebersihan kulit adalah hal yang benar, tetapi bukan dengan menghilangkan kadar minyak pada kulit. Pengeluaran minyak pada kulit adalah satu perihal semula jadi malah ia merupakan faktor yang penting dalam sistem peredaran tubuh. Masalah kulit kering pula akan menyebabkan iritasi dan menimbulkan sisik pada kulit. Apabila ini berlaku, jerawat yang ada di kulit menjadi terperangkap sekali gus mengakibatkan flek dan inflamasi.
Solusi: Untuk menyerap minyak yang berlebihan, tepuk-tepukkan tisu atau kain lembut pada bahagian wajah yang berminyak. Selain itu, jangan lupa aplikasi pelembap agar kulit tetap lembap dan kenyal.
Mitos 6: Senang aje, kalau selalu cuci muka jerawat pun hilanglah!
Fakta: Tidak benar. Mencuci wajah secara teratur adalah langkah yang tepat untuk membantu pengeluaran sel kulit mati, minyak yang berlebihan dan kotoran daripada permukaan kulit. Namun, jika terlalu kerap membersihkan kulit atau menggosok kulit dengan keras, ia akan membinasakan jerawat pada kulit.
Solusi: Bersihkan wajah perlahan-lahan menggunakan pembersih muka dua kali sehari. Kemudian, keringkan wajah dengan menekapkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan.
Kredit Foto: Google
Mitos 7: Asap rokok dan kopi membuatkan kulit kering. Betulkah?
Fakta: Benar. Kajian menunjukkan bahawa kafein dalam kopi tidak berpengaruh langsung pada tubuh. Tetapi kafein mendorong air keluar dari dalam tubuh sehingga menyebabkan tubuh kekurangan cecair. Asap rokok pula membuatkan kulit mengalami kekurangan oksigen akibat persekitaran udara yang tidak bersih. Malah bagi memastikan kesihatan sel kulit, ia memerlukan udara yang segar dan bersih setiap saat.
Solusi: Untuk mengatasi masalah ini, kamu disaran menggunakan baby oil atau petroleum jelly. Bahan ini dipercayai dapat mencegah masalah kulit kering berlanjutan.
Mitos 8: Kerutan boleh hilang dengan faciallah!
Fakta: Manfaat utama melakukan facial secara teratur adalah tekstur wajah menjadi lebih halus dan pori-pori bebas daripada kotoran. Namun jangan terlalu bergantung kepada rawatan facial semata-mata untuk membentuk kolagen dalam kulit atau menghilangkan lingkaran gelap akibat kesan penuaan.
Solusi: Menghaluskan kulit dan menghilangkan kerutan di wajah adalah dua perkara yang berbeza. Justeru, gunakan serum kerana ia lebih efektif untuk menghilangkan kedutan pada wajah kamu.
Kredit Foto: Google
Mitos 9: Kalau kulit berminyak, basuh dengan sabun pun dah cukup!
Fakta: Merawat kulit berminyak memang tidak semudah merawat kulit normal. Minyak yang melekat pada wajah boleh menyebabkan timbulnya jerawat. Faktanya, minyak pada wajah tetap diperlukan dalam kadar tertentu untuk mengelakkan masalah iritasi.
Solusi: Penggunaan sabun untuk membersihkan wajah boleh diaplikasi empat kali sehari. Pemilihan sabun khusus untuk kulit berminyak perlu diambil kira dari aspek kadar pelembab dan minyak yang seimbang bagi mengatasi masalah ini.
Mitos 10: Pelembab boleh mencegah kerutanlah…
Fakta: Tidak benar kerana fungsi pelembap adalah mengelakkan dan mengurangkan kehilangan lembapan pada kulit dan pelembap juga berperanan untuk melindungi lapisan kulit sekali gus menghidratkan kulit bagi mengelakkan kulit kering.
Solusi: Pelembab tidak mampu mencegah timbulnya kerutan dan menghilangkan kerutan. Hal ini kerana pelembap tidak berupaya menembus lapisan kulit yang dalam. Amalkan aplikasi pelembap selepas membersihkan kulit wajah agar kulit tidak mudah kering dan kekal lembap sepanjang hari.

Kredit Foto: Google

TAHUKAH KAMU?
1. Kulit melindungi organ dalaman daripada unsur-unsur luaran seperti suhu yang melampau, sinaran ultraviolet dari matahari dan bahan kimia berbahaya.
2. Kulit juga membantu menahan air, mencegah infeksi serta memproses pengeluaran protein dan vitamin yang diperlukan untuk terus melindungi kulit.
3. Orang dewasa secara purata memiliki sekitar tiga hingga enam kilogram atau sekitar 22 kaki persegi yang bersamaan enam hingga tujuh meter persegi kulit.
4. Kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan, iaitu epidermis, dermis dan lapisan lemak di bawah kulit atau hypodermis. Malah setiap lapisan kulit memiliki fungsi yang berbeza seperti berikut:
  • Epidermis adalah lapisan kulit luar yang memberikan pigmen dan menghasilkan sel-sel kulit baru sebagai pengganti sel-sel kulit yang sudah mati.
  • Dermis pula adalah lapisan tengah kulit yang merupakan tempat rasa sakit dan mengandungi reseptor sentuhan seperti pembuluh darah, folikel rambut, kolagen dan elastin.
  • Manakala lapisan bawah kulit terdiri daripada kolagen dan lemak yang membantu menyerap goncangan dan melindungi tubuh serta organ-organ dalaman.
5. Kulit adalah organ yang terus berkembang dan selalu berubah sepanjang hidup kita. Bahkan manusia menanggalkan sekitar 40.000 sel kulit per minit.
6. Kulit mengalami pembaharuan setiap 35 hari sekali. Ini bererti bahawa ketika seseorang berumur 20 tahun, dia telah mengalami pergantian kulit sebanyak 200 kali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Apa Comel Sangat Macam Budak Sekolah Ni” - Bella Astillah Tetap Cantik Tanpa Make Up, Kulit Muka Bersih Betul!

gempak
19/07/2023
08:55 MYT
Baby face sangat muka Bella Astillah ni, cantiknya.
Laman Utama

[VIDEO] Difitnah Scammer, Pengasas Produk Depresi Teruk! - "Saya Kelar Tangan, Dengar Bisikan Bunuh Diri & Masih Bergantung Ubat"

gempak
14/06/2022
08:48 MYT
Pengasas produk viral, Amira Khan mengakui berdepan masalah depresi teruk selepas dibuli secara siber oleh beberapa pengguna media sosial termasuk rakan perniagaannya sejak setahun lalu.
Laman Utama

Tempah Kek Kahwin Swarovski Tapi Dapat Manik Biasa, Usahawan Selebriti Hampa - "Bayar RM7,000 Tapi Hasilnya Macam RM70 Jer"

gempak
16/02/2022
13:50 MYT
Kasihannya kena tipu...
gaya hidup

Nak Sihat dan Cantik? Lima Petua Gaya Hidup Ini Wajib Diamalkan Buat Wanita 30 an.

gempak
30/09/2021
08:16 MYT
Memasuki fasa usia ini wanita lebih matang dalam banyak perkara. Lebih-lebih lagi soal kesihatan dan kecantikan. Tapi sihat itu sama pentingnya dengan cantik kan?
gaya hidup

Rindu Watak Lisa Dalam Mis 3 Hermanas. Kecantikan Scarlet Ortiz Tak Dimamah Usia. Dah 47 Tapi Macam 27!

gempak
22/09/2021
08:42 MYT
Rambut hitam panjang mengurai, susuk tubuh langsing dan glowing; dia memang cantik semula jadi.
Unitar