Read
10 OOTD 'Model of the Year' AMELIA HENDERSON – YANG ‘SUPERCOOL’ & STAILO
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: IG @ameliath
Baru-baru ini, Amelia dimahkotakan sebagai ‘Model of the Year’ peringkat negara di majlis Anugerah Festival Model Asia ke-14 (AMFA) 2019. Amelia yang berusia 23 tahun menerima Anugerah Star Model 2019 dalam kategori Malaysia pada hari ketiga acara tersebut.
Majlis penyampaian anugerah diadakan di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri ramai selebriti Korea terkenal termasuk Han Seung Yeon, Kim Hye Yoon, Eum Joon Suk, (G) I-DLE, Stray Kids dan bekas anggota Wanna One, Park Ji Hoon dan Lai Kuan Lin.
Tahniah, InTrend ucapkan! Jom kenali siapa Amelia Henderson.
Siapa Amelia Henderson dan bagaimana bermula dalam dunia hiburan?
Kalau mahu dihitung, Amelia sudah lama dalam dunia hiburan, my first job ketika berusia 10 bulan dan kala itu untuk iklan Mothercare. It was first big break dan Amelia bermula awal, tawaran sebagai iklan datang one after another juga kerja di pentas catwalk as a child model. Antara yang paling diingati adalah untuk iklan Fair & Lovely.
Kemudian pada 2006, Amelia mendapat tawaran untuk sebuah sitkom; Keluarga Adam untuk tayangan RTM2. Pada 2007 pula, Amelia mencuba nasib di pentas teater antaranya untuk The King and I dan Peter Pan. Juga terdapat beberapa projek selepas itu untuk saluran ASTRO dan sebagainya seperti telemovie Edah yang turut menerima nominasi Anugerah Skrin pada 2005.
My last big project adalah kala ditawarkan watak Melati dalam filem Talentime yang diarahkan Allahyarham Yasmin Ahmad. It was a great project and I learnt a lot.
Tidak kekok berbicara Bahasa Melayu?
Tentulah tidak, Amelia membesar dengan teman-teman yang berbilang kaum dan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sudah biasa dengan lidah ini. Kerana itu Amelia tidak risau apabila terima tawaran berlakon dalam bahasa ibunda kita sendiri.
10 OOTD Model of the Year’ AMELIA HENDERSON – YANG ‘SUPERCOOL’ & STAILO
Must-Watch Video