gaya hidup

10 Perkara Ibu Bapa Kena Beritahu Anak Walau Nampak Kecil Dan Remeh. Penting Supaya Mereka Lebih Bersedia.

gempak
Huda Hussain
03/08/2021
04:28 MYT
Sponsor Banner
10 Perkara Ibu Bapa Kena Beritahu Anak Walau Nampak Kecil Dan Remeh. Penting Supaya Mereka Lebih Bersedia.
Tugas mendidik dan membesarkan anak-anak sememangnya bukanlah kerja mudah. Lebih-lebih lagi dalam zaman serba mencabar ini. Dan ilmu keibubapaan ini takkan pernah luput untuk kita terus kemaskini juga amalkan mengikut keperluan anak-anak. Suaikan dengan pemahaman anak, peringkat usia itu yang penting. Justeru, peringatan ini yang boleh dijadikan panduan supaya dilakukan ibu bapa.
1. Beritahu Mereka Bahawa Dirinya Adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan 'mental self image' anak kita. Anak yang tidak berasakan dirinya hamba Allah akan mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa.
2. Beritahu Mereka Bahawa Dirinya Dimiliki Penciptanya. Kalaupun anak kita nakal sekalipun, Insya-Allah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya
Kredit Foto: Google
3. Beritahu Mereka Bahawa Mencari Duit Itu Perlu Tetapi Bersedekah Itu Lebih Perlu Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi ( giving mindset ) daripada cuma menerima semata mata ( receiving mindset ). Dalam masa sama, anak-anak akan belajar menghargai dan berkongsi nikmat yang diperoleh.
4. Beritahu Anak Kita Bahawa Dia Bakal Tempuhi 5 Checkpoint
Checkpoint 1 - Kematian Checkpoint 2 - Alam barzakh Checkpoint 3 - Mahsyar Checkpoint 4 - Neraca mizan Checkpoint 5 - Titian Sirat Dan selepas itu akan berakhir sama ada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan dan sentiasa diingatkan
5. Beritahu Anak Kita Bahawa Al Quran Bukan Hanya Untuk Dilagukan Semata Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu 'take action' selepas membaca dan memahaminya. Betapa ia relevan sepanjang zaman dan menjadi peneman buat mereka yang beramal dengannya.
Kredit Foto: Google
6. Beritahu Anak Kita Bahawa Rezeki Bukan Datang Daripada Ibubapa tetapi Daripada Pencipta Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih. Juga penting untuk kita ingatkan anak-anak bahawa rezeki itu tidak semestinya wang ringgit semata-mata. Bahkan segala nikmat yang Allah beri itulah rezeki yang takkan pernah habis.
7. Beritahu Anak Kita Bahawa Selepas Akil Baligh Dia akan Pikul Banyak Tanggungjawab Penting untuk kita ingatkan anak-anak betapa setiap tindak-tanduk kita akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya. Anak yang tahu dia dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki 'sense of responsibility' dan memahami apa itu erti tanggung dan jawab.
8. Beritahu Anak Kita Bahawa Amal Soleh Bukan Hanya Solat dan Puasa Bekerja, makan, tidur, bantu adik-beradik dan semua perkara akan menjadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.
9. Beritahu Anak Kita Bahawa Nilai Adik-beradik Melebihi Nilai Harta Benda Dunia Anak yang tahu nilai adik-beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada. Lebih menghargai keberadaan masing-masing.
Kredit Foto: Google
10. Beritahu Anak Kita Bahawa Suatu Hari Nanti Kita Akan ‘Pergi’ Dan Sebaik-baik Bekal Yang Kita Ada Adalah Doa Daripadanya Betapa anak itu umpama satu pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibu bapa. Bahawa mereka adalah harta bernilai hingga ke akhir hayat kita. Ingatkan mereka apabila meninggalnya seseorang takkan terputus tiga perkara dan pahala sentiasa mengalir untuknya, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa daripada anak soleh dan solehah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live