gaya hidup
10 Tahun Bercinta? Belum Tentu Kamu Kenal Pasangan Sepenuhnya. Lepas Kahwin, ‘Oh… Macam Ni Rupanya’.
Ada yang takut nak kahwin? Eh, jangan begitu. Walaupun ramai yang berkata perkahwinan itu bagai satu perjudian, umpamanya untung sabut timbul untung batu tenggelam tapi pahit, manis dan maung itulah yang mematangkan sesama suami isteri. Bukan bertujuan mahu menakut-nakutkan bagi mereka yang belum bertemu jodoh lagi. Tetapi inilah realitinya.
Pelamin yang gah lagi indah bagaikan mahligai, busana perkahwinan yang cantik nan mempesona, solekan mapan bagaikan puteri raja – Itu semua untuk tatapan tetamu yang hadir ke majlis walimatulurus sehari itu sahaja. Dan namanya pun pasangan raja dan ratu sehari kan? Selepas itu, jalanilah hidup baru. Bermulalah episod permulaan dalam hidup kalian. Adakah ia berlaku seperti apa yang dibayangkan atau apa yang dilihat dalam drama bersiri di televisyen? Kalianlah yang menentukan. Penulis tertarik untuk berkongsi apa yang dinukilkan Yus Arzad dari laman Facebook Pakar Diari Hati. Kerana ia adalah kisah benar perjalanan sebuah rumahtangga yang dilalui semua.
Kredit Foto: Google
Pesanan buat yang belum kahwin. Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah, baru tahu pemarah apabila ditegur, baru tahu, baru tahu.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet manis-manis (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan. Siapa yang tahu? Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan. Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kredit Foto: Google
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil, sedikit; bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar, banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung atau anak meragam? Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari daripada menjaga anak-anak dan makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.
Kredit Foto: Google
Apabila kamu membentak marahkan orang tua kenapa susahkan orang nak kahwin, padahal kamu tidak sedar. Ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM dan TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain-lain, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam. Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.
Kredit Foto: Google
Untuk menjayakan hidup berumahtangga, cinta saja tak cukup rupanya. Barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut. Cuma ketika itu baru kita sedar. Betul apa mak ayah kata "Cinta saja tak cukup". Moga Allah mudahkan perjalanan kita seterusnya.
Must-Watch Video