Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

10 TAHUN Menanti, Takdir Allah Azmi Saat Dikurniakan Zuriat Pada Hari Lahirnya. Alhamdulillah, Tahniah!

Huda Hussain
27/09/2021 09:51 MYT
Detik kelahiran anak, siapa yang tak sebak dan syukur kan? Serasa mahu diberitahu satu dunia bahawa diri sudah bergelar ayah. Dan saat mendengar tangisan paling merdu anugerah Allah ini pastinya hati dijeruk 1001 rasa. Itulah yang dirasai Azmi Saat, vokalis Caliph Busker.

Menerusi perkongsiannya di Instagram 11 September lalu:

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Kredit Foto: IG Azmi Saat

Dan hari ini tepat jam 9:09 pagi tadi anak sulungnya selamat dilahirkan secara pembedahan di Ohana Specialist Hospital, Kuala Lumpur.

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Kredit Foto: IG Azmi Saat

Lebih istimewa, tarikh yang dipilih Azmi untuk isterinya melahirkan zuriat pertama mereka adalah pada tarikh yang sama dengan ulang tahun hari lahirnya. Semestinya ia adalah hadiah hari lahir yang paling istimewa daripada-Nya. Allahu Akbar. Semoga zuriat ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi penyejuk mata permata paling berharga buat kedua ibu ayahnya.
#Anak #Caliph Buskers #Azmi Saat
;