,
Highlights

10 Tips Kulit Kepala CLEAR dan Sihat – Buat Yang Berhijab Atau Free Hair Wajib Ambil Tahu!

Afiza Kamarulzaman
22/11/2019
07:40 MYT
Cuaca tropika sepanjang tahun di Malaysia boleh menyebabkan peluh dan kotoran tersumbat di liang kulit kepala. Tanpa pembersihan yang sempurna, liang yang tersumbat boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan rambut – menyebabkan kegatalan kulit kepala yang akhirnya mengundang kelemumur.
Kredit Foto: CLEAR
Terdapat banyak cara untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Antara cara yang terbaik adalah dengan menetapkan rutin penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala yang sempurna untuk memastikan ia dalam keadaan benar-benar bersih.
InTrend berkesempatan bertanyakan kepada orang kuat jenama produk penjagaan kulit kepala terunggul dunia, Clear perihal penjagaan kulit kepala. Berikut antara tips asas yang boleh kamu amalkan sebagai rutin penjagaan tetap.
Kredit Foto: CLEAR
10 Tips Penjagaan Kulit Kepala
1. Ketahui jenis kulit kepalamu Seperti kulit wajah, kulit kepala juga terbahagi kepada tiga jenis kulit kepala utama: normal, berminyak dan kering. Kamu perlu tahu jika kulit kepalamu memerlukan lebih hidrasi atau mencari penyelesaian kepada sebum berlebihan bagi memastikan ia tidak menyumbat pori kulit kepala. Pilihlah syampu dan perapi yang dapat membantu memenuhi keperluan kulit kepala.
2. Cuci Rambut Setiap HariKulit kepala mengumpul sejumlah kotoran dan minyak setiap hari terutamanya ketika cuaca panas dan lembap. Jadi, tidak benar jika ada yang kata mencuci rambut setiap hari adalah amalan yang tidak bagus. Pastikan kamu mencuci rambutmu setiap hari untuk memastikannya kekal bersih dan segar.
Kredit Foto: CLEAR
3. Belai dan Manjai Kulit Kepala Kala bersyampu, jangan lupa untuk urut-urut kulit kepala beberapa minit. Kaedah ini bagus untuk memberi kelegaan dan menggalakkan peredaran darah sekitar kulit kepala. Ia juga membantu kulit kepala lebih bersih dan mengurangkan pori tersumbat.
4. Pemakanan Seimbang Rambutmu adalah kesinambungan kepada dirimu. Maka, penting untuk kamu menjaga diet agar rambut mendapat nutrien yang diperlukan. Lebihkan pengambilan buah-buahan segar, sayuran hijau dan minum banyak susu. Semua ini baik untuk kesihatan kulit kepala dan rambut.
5. Sisir Selalu Rambut Memberus atau menyikat rambut dapat membantu minyak kulit kepala dibawa kepada rambut untuk mengelakkan lebihan minyak terkumpul di liang pori. Amalkan menyisir rambut sebelum kamu mula mandi.
Kredit Foto: Google
6. Berlindung dari Sinar UV Kekerapan terdedah di bawah sinar matahari boleh merosakkan rambut. Selalulah membawa payung untuk melindungi kulit kepala juga wajahmu. Oleslah serum atau pelembap rambut untuk mengelakkannya kering dan rosak.
7. Jauhi Daripada Hujan Mungkin bagi kamu ia hanyalah air hujan. Mengelakkan hujan hanya kerana dikhuatiri terkena demam. Sebenarnya, hujan juga boleh merosakkan kulit kepala dan rambut. Jadi selalulah memakai payung jika terpaksa meredahinya.
8. Elakkan Pencemaran Pencemaran udara dan persekitaran boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan gatal. Natijahnya, ia turut menjadikan rambut tidak sihat dan kelihatan tidak bermaya. Jadi, peliharalah ia dengan sebaik-baik penjagaan. Cuci dengan teratur dan oleskan produk tambahan sebagai nutrien tambahan.
Kredit Foto: Google
9. Elakkan Kulit Kepala Dalam Keadaan Lembap Cuaca lembap juga boleh menyebabkan kerosakan rambut dan kulit kepala. Keadaan yang bahang, melekit dan pencemaran akan menjadi wap yang terperangkap dalam kulit kepala dan rambut. Ini kemudian menyebabkan rambut kusut dan tidak mampu bernafas.
10. Pilihlah Syampu yang Sesuai dan Lembut Untuk Kulit Kepala Pernahkah kamu melalui pengalaman rambut gugur selepas menggunakan sesuatu syampu itu? Ini bermakna syampu tersebut tidak sesuai dengan kulit kepalamu. Cubalah syampu beramuan semula jadi dan bebas kimia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kanak-Kanak Lelaki Hilang Jari Selepas Terima Rawatan Jangkitan Kuku Di Spa Kaki

gempak
09/10/2024
00:55 MYT
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Lin telah mengalami jangkitan pada kuku jari telunjuk tangan kirinya pada Julai tahun lepas.
Berita

Polis Sahkan Banduan Terima Rawatan Lari Dari Hospital Sungai Buloh

gempak
19/09/2024
01:53 MYT
Seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Berita

Kate Middleton Selesai Jalani Rawatan Kemoterapi

gempak
10/09/2024
06:25 MYT
Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan beliau setelah menamatkan rawatan kemoterapinya dalam video yang sangat peribadi yang dikeluarkan oleh Istana Kensington, pada Isnin.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Unitar