10 Wajah Malaysia PALING UNGGUL di Minggu Fesyen Dunia — Ini Sebab Mereka Menjadi Perhatian!
Public Anonymous User
09/10/2017 00:52 MYT
09/10/2017 00:52 MYT
10 MALAYSIANS DI MINGGU FESYEN DUNIA
1. NUR FAZURA
Wajah Malaysia tunggal pada kerusi hadapan Coach Spring/Summer 2018 di New York City. Duduk sebaris Emma Roberts, Cinta Laura, Praya Lundberg dan Selena Gomez. Fazura juga disiapkan dalam persalinan ekslusif Coach kala pertunjukan fesyen dan bertemu empat mata bersama Selena Gomez dan Stuart Vevers.
2. FYZA KADIR
Jelitawati berwajah luxe ini diterbangkan kerusi penerbangan mewah oleh Valiram untuk menjadi wajah wakilan ke ajnas pertunjukan label asalan New York. Michael Kors Collection, Tory Burch dan Kate Spade. Fyza juga beramah mesra sama selebriti antarabangsa antaranya Nicole Kidman, Davikah dan Yvette King daripada E!
3. MARION CAUNTER
London dan Paris menjadi gelanggang permainan liga fesyen Marion Caunter yang hadir sentiasa bersiap. Daripada pertunjukan Peter Pilotto, Mary Katrantzou di London dan berbual sama Caroline Issa hingga ke pertunjukan Louis Vuitton di Paris bersama Will Smith. Marion is winning!
4. NOOR NEELOFA
Sekali lagi Neelofa dimanjakan label eksklusif Swarovski yang memberinya kerusi kala Swarovski Cristal Wonderland di Milan yang berlangsung dalam kalendar Minggu Fesyen. Menyarung busana Fizi Woo dan solekan Khir Khalid, Neelofa bersua wajah sama Karlie Kloss dan Chiara Ferragni.
5. VENICE MIN
Selain Neelofa, Venice Min juga menjadi wakilan ke Milan bersama Swarovski sebelum ke pertunjukan Versace dan Bvlgari dalam persalinan kuning terang Salvatore Ferragamo lantas kemudian terus terbang pula ke kota London.
6. EKHYRA
Fashion Messiah – Ekhyra mendapat ajnas jemputan bangku hadapan minggu Fesyen London dan Paris, antara yang dihadiri adalah untuk Burberry, David Koma sebelum ke Paris untuk Giambattista Valli dan Chopard dalam persalinan yang cukup indah. Ekhyra is the perfect fashion vessel to represent Malaysia pada semua bangku hadapan Minggu Fesyen seantero dunia.
Working it, selain daripada selebriti yang duduk lenang dibangku hadapan dan menghadiri party dan majlis glamour, di sini punya sebilangan peragawan dan peragawati yang melewati pentas fesyen dunia dalam helaian paling baru dan trendy!
7. MIKA JENEWEIN
Peragawan anak lokal muda ini telah dipilih untuk menjadi wajah pembuka pertama Zegna Couture di Moscow sempena ulang tahun label itu yang ke-20.
8. YUEN
Sudah seringkali di pentas Minggu Fesyen New York, 2017 melihatnya muncul di Irina Vijtaz, Sherry Hill dan Leanne Marshall. Diam-diam ubi berisi, Yuen let her work speaks for her!
9. Atikah
Mana mungkin wajah kegemaran ini tidak menjadi pilihan label-label antarabangsa? Setakat ini Atikah cemerlang di Paris Fashion Week – Liselore Frowijn, Rahul Mishra, Each x Other. London pula melewati pentas Faustine Steinmetz dan Ashish.
10. Kea L
Tinggi lampai, oriental beauty dan punya selera fesyen yang unik, Kea atau lebih dikenali sebagai @kinkipoo is one cool girl! Musim Bunga/Panas 2018 melihat Kea di Isa Arfen, Haizhenwang, ASAI di London Fashion Week manakala Daizy Shely di Milan sebelum terus ke Paris.