Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

12 Kata-Kata Hikmah JOY REVFA Untuk Usahawan – Bermulalah Dengan Merangkak, Jatuh, Bangun, Berlari...

Afiza Kamarulzaman 14/02/2020 | 15:54 MYT
Kegigihannya dalam bidang perniagaan bukan sekadar ‘acah-acah’. Wanita comel ini serius dengan apa yang diusahakannya selama bertahun-tahun kebelakangan ini. Dan, hasilnya kini ia memiliki sebuah jenama kecantikan yang semakin popular dalam kalangan wanita uber masa kini. Beliau juga dilihat kerap memberi seminar dan mengadakan kelas motivasi kepada wanita-wanita di luar sana yang mahu sama meniti kejayaan. Menerusi akaun Instagram miliknya, Joy berkongsi 12 tips dan kata-kata hikmah untuk kamu yang mahu bergelar usahawan berjaya.
12 Panduan Menjadi Usahawan:
  1. Berniaga adalah satu proses yang panjang dan mengambil masa. Anda tidak akan kekal lama jika baru berniaga sudah mahu menjadi kaya. Slow and steady tapi pasti!
  1. Berniaga ada fasa. Bermula dari zero walaupun dahulunya anda seorang CEO, Profesor atau selebriti chef, Jangan dikenang zaman dulu-dulu anda yang pernah bergelar jaguh dunia sekali pun. Be reality. Anda bermula dengan tiada apa-apa. Jadi, berpijaklah di bumi nyata.
  1. Kegagalan satu pengajaran. Senyum dan kenang kegagalan itu kerana ia adalah asbab anda berubah menjadi lebih hebat!
  1. Fasa berniaga bermula daripada apa yang ada. Usah ditunggu semua yang ada dek rasa megah mahukan nama walaupun masih baru.
  1. Rasai masa bermula, merangkak, bangun, jatuh sekejap, berdiri, berjalan dan barulah berlari. Ini barulah usahawan sejati.
  1. Berani ambil peluang walaupun pada ketika kita rasa berdebar-debar (takut). Peluang datang dan pergi. Ia tidak mungkin boleh dikembalikan oleh masa.
  1. Setiap orang ada masa 888. Lapan jam tidur. Lapan jam kerja. Lapan jam rehat. Jika mahu maju, sila korbankan salah datu daripada lapan jam itu. (Ia sangat tepat kerana saya sudah melaluinya).
  1. Berniaga ada seni. Ada kala anda menjadi panglima perang, raja, hamba, kadang-kadangn jadi ‘cool’ sahaja.
  1. Istiqomah. Rezeki pasti ada. Cuma bersabar dan tahan. Ada ketika didatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka selepas bertahun-tahun berusaha.
  1. Berniaga biarlah kita dekat dengan hati pelanggan. Pelanggan membeli dan jatuh cinta kepada kita bukan kerana rupa paras tetapi keikhlasan dan kepercayaan mereka yang buat hati tertawan.
  1. Bersabar. Positifkan minda biarpun berdepan dengan kutukan, kecaman dan hinaan. Saat kita berjaya, pasti ada sahaja suara-suara sumbang di belakang yang mengata. Kuatkan semangat dan teruslah melangkah ke hadapan.
  1. Guna produk sendiri. Jangan menipu pelanggan kononnya produk berkesan tetapi diri sendiri tidak menggunakannya. Kemudian, menipu dengan cara yang lain. Ingat, tak berkat rezeki yang anda dapat sekiranya menipu pelanggan untuk melariskan produk.
Semoga berjaya!
#Tips #Joy Revfa #Usahawan
;