gaya hidup

12 Perkara Ringan Di Waktu Berat – Seronok Bila Dah Biasa Buat. Berbagi Rezeki Kan Nikmat!

gempak
Huda Hussain
26/08/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
12 Perkara Ringan Di Waktu Berat – Seronok Bila Dah Biasa Buat. Berbagi Rezeki Kan Nikmat!
Masih ada lagi yang beranggapan, kalau nak memberi atau bersedekah perlukan duit yang banyak. ‘Duit berkepuk bolehlah beli, bagi macam-macam. Ini, aku sendiri pun tak lepas. Macam mana nak bagi orang lain?’ Mungkin itu telahan singkat bagi sesetengah orang.
Benar bagai dikata, kalau mahu bersedekah berilah yang terbaik. Hinggakan Dalam sebuah hadis direkodkan daripada Abu Hurairah: "Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"
Rasulullah SAW menjawab: "Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu." (Riwayat al-Bukhari)
Begitu sekali dianjurkan untuk kita melazimi amalan bersedekah. Dan sebenarnya untuk bersedekah ini tidak semestinya dilakukan semata-mata dengan wang ringgit. Kalian boleh cuba tips dan cara mudah jika berhadapan dengan situasi berikut:
1. Duit Baki “Berapa harga lauk ni kak?” “RM10, simpan yang lebih ya kak”
2. Pekerja Am Terdengar lori mengangkut sampah datang. Ada buat bihun goreng tadi. Bungkuskan sedikit untuk mereka.
3. Order Online Total order + delivery = RM37.80 Ok, boleh bank in RM40 Yang lebih tu lebih kurang halal ya
4. Nasi Lemak RM1Singgah beli nasi lemak, sarapan setiap pagi. Beli lebih sikit untuk Tuan/Puan pekerja cleaner dan Tuan Guard kita.
5.Tuan Rider Delivery Caj delivery RM5. Tapi hujan lebat, dia meredah hujan reda percik air tepi jalan. Boleh bagi lebih sikit kot untuk servis yang dia berikan. Tambah sahaja lagi RM5 atau lebih lagi bagus.
6. Lap Cermin Kereta Di stesen minyak, waktu sedang isi minyak, ada pekerja yang datang tolong lap cermin kereta kita. Memang mereka tak minta, tapi boleh saja hulurkan RM5 untuk mereka.
7. Beli Lebih “Saya nak tiga bungkus nasi dagang ni kak” “Jumlah RM15” “Saya bayar RM20, lebih tu untuk satu bungkus nanti kak sedekah pada sesiapa ya”
8. Jom Makan Saat sedang makan di kedai, ada peminta sedekah datang menghampiri meja makan. “Jom makan sekali encik, saya belanja”
9. Simpan 1 Dalam Bonet KeretaSetiap bulan kita beli barangan dapur, boleh beli tambahan satu pek beras 5kg. Simpan dalam kereta dan bila-bila masa terjumpa mereka yang memerlukan, boleh terus sedekah.
10. Meow… Dalam handbag, saya pastikan ada plastik kecil berisi makanan kucing. Dimana-mana saya jumpa stray cat, boleh bagi mereka makan. Saya sayang kucing!
11. Teh O Ais Waktu panas terik ni, tengok ramai Tuan/Puan yang sapu tepi jalan, kutip longgokan sampah daun kering. Beli teh o ais bungkus untuk mereka hilangkan dahaga.
12. Courier Hantar Barang Tiap-tiap hari ada saja barang yang dihantar sebab kita shopping online. Hulur saja air kotak dan makanan ringan buat kudapan mereka. Tak susah kan?
Pendek kata, terdapat pelbagai cara untuk kita menjadikan amalan bersedekah sebagai sebahagian daripada hidup kita. Ringankan tangan yang mungkin dahulunya terasa berat untuk melakukannya. Ia juga sebagai tanda kita mensyukuri dan berbahagi nikmat pemberian-Nya. Nescaya akan dilipat gandakan rezeki juga hadirnya daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Sumber: Siti Mariam
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live