Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

13 Sumber Makanan Mampu Rangsang Perasaan – Mana Satu Paling Kerap Kamu Makan?

Huda Hussain 17/11/2019 | 06:30 MYT
Ada baiknya mulai sekarang kamu lebih peka terhadap apa yang dimakan atau minum. Hal ini kerana, pengambilan makanan dan minuman tertentu akan menentukan perasaan kamu sama ada apa yang di makan membuatkan kamu lebih baik atau menjadi buruk sekali gus mempengaruhi kesihatan kamu.
Menurut Director of The Center for Health Promotion di Johns Hopkins School of Medicine, Diane M. Becker MPH, ScD, "Jika anda mengambil makanan yang sihat untuk jantung, kaya serat dan rendah lemak, ini sangat baik untuk merangsang mood jadi lebih baik.”
Dan menurutnya, kadar lemak yang tinggi dalam makanan mempengaruhi tubuh dalam kondisi yang tidak selesa, bahkan kualiti tidur dan selalu mengantuk juga dialami jika keadaan ini berlaku. Berikut adalah sumber makanan yang dapat merangsang perasaan sekali gus membangkitkan rasa bahagia, gembira lagi menyeronokkan.
Kredit Foto: Google
1. Asparagus
Kaya dengan vitamin B6 dan folate yang dapat melancarkan hormon. Asparagus juga mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan hormon seks lelaki dan wanita.
Kredit Foto: Google
2. Avokado
Avokado merupakan buah yang bermanfaat untuk meningkatkan tenaga dan membangkitkan perasaan ghairah. Kandungan mineral yang terdapat di dalam avocado amat baik untuk menjaga kesihatan jantung dan menurunkan kolesterol. Selain itu, avokado juga mengandungi Omega 3 yang membuatkan kamu merasa tenang seolah-olah telah bersiap sedia untuk bercinta.
Kredit Foto: Google
3. Cili
Cili mengandungi capsaicin iaitu sejenis zat kimia yang membantu proses melancarkan endorfin ke otak. Endorfin adalah zat kimia yang bermanfaat dan merangsang individu merasa bahagia.
Kredit Foto: Google
4. Coklat
Coklat pula mengandungi trypothan yang membantu tubuh menghasil serotonin yakni sejenis zat semula jadi yang membuatkan kamu merasa nyaman dalam bercinta. Coklat juga mengandungi zat phenylethylamine yang merangsang otak untuk membuatkan anda mudah jatuh cinta. Sedikit pengambilan coklat gelap boleh membantu kesihatan jantung bagi mengelakkan berlakunya masalah saluran pembuluh darah tersumbat.
Kredit Foto: Google
5. Kerang
Kandungan zat besi dan mineral di dalam kerang membantu meningkatkan penghasilan testosterone dan memelihara kesihatan ovarium. Ini membuktikan kerang membantu meningkatkan fungsi seksual lelaki dan wanita.
Kredit Foto: Google
6. Tiram
Tiram telah menjadi makanan cinta kegemaran sejak zaman Aphrodite ketika zaman kegemilangan Greek. Tiram kaya dengan zink dan mineral yang diperlukan untuk pengeluaran testosterone. Tiram mengandungi protein yang tinggi dan sangat berkhasiat sekali gus sinonim dengan makanan yang membangkitkan rasa cinta.
Kredit Foto: Google
7. Halia
Halia boleh dimakan mentah, dimasak atau dibuat halwa. Halia adalah agen dalam sistem peredaran darah yang boleh meningkatkan kekuatan seksual dan keinginan.
Kredit Foto: Google
8. Raspberi dan Strawberi
Ini adalah makanan yang sinonim apabila dikaitkan dengan cinta. Warnanya yang merah dan merupakan warna yang mampu membangkitkan ghairah dan tinggi dengan khasiat Vitamin C.
Kredit Foto: Google
9. Jintan Manis
Masyarakat Yunani dan Rom percaya bahawa jintan manis memiliki kekuatan seksual khusus. Terdapat pelbagai kegunaan jintan manis yang terkenal dalam rempah ratus masakan. Malah ada yang berpendapat memakan atau memasak jintan manis dalam masakan akan meningkatkan nafsu pasangan. Selain itu, jintan manis juga dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus.
Kredit Foto: Google
10. Kandungan Vitamin B12 & Asam Folat
Tahukah kamu mengapa stew daging di hidang bersama kacang merah, atau hidangan ikan salmon yang di panggang selalu dimasak bersama sayur brokoli? Menurut Pakar Pemakanan dari Institute of Epileptology, King’s College, London, Edward Reynolds, "Makanan ini salah satunya kaya dengan folat manakala hidangan kacang merah dan brokoli kaya dengan vitamin B12. Kedua-dua jenis vitamin ini mampu mencegah penurunan fungsi sistem saraf, menstabilkan kondisi mood dan mencegah demensia," jelasnya.
Kredit Foto: Google
11. Pengambilan Makanan yang Sarat dengan Selenium
Selenium adalah salah satu jenis mineral yang diproses menjadi antioksidan dalam tubuh. Antioksidan membuatkan perasaan menjadi lebih baik dan mengurangkan bad mood. Cuba amalkan pengambilan makanan sekurang-kurangnya 55 mikrograms selenium setiap hari. Ia amat baik untuk lelaki dan wanita. Selenium boleh didapati dalam gandum, oatmeal, roti gandum dan beras merah.
Kredit Foto: Google
12. Makan Lebih Banyak Ikan
Beberapa kajian mendapati lelaki dan wanita memiliki sedikit kemungkinan mengalami gejala depresi jika makan banyak ikan. Secara tidak langsung asam lemak dalam ikan khususnya ikan salmon yang mengandungi asam lemak omega 3 dapat membantu. Selain ikan salmon, pengambilan tuna dan juga sardin dapat mengurangkan tekanan perasaan.
Kredit Foto: Google
13. Pengambilan Vitamin D Setiap Hari
Ada yang berpendapat berada di bawah sinar matahari tidak baik untuk kulit tetapi ada baiknya sinar matahari terhadap kesihatan. Sinar matahari dapat merangsang tubuh untuk mengambil dan memproses vitamin D. Kekurangan Vitamin D dalam tubuh mengakibatkan beberapa masalah muncul seperti Pra Menstruasi Sindrome atau (PMS), gangguan emosi dan ingatan. Justeru, banyakkan pengambilan Vitamin D dalam sajian seharian. Sumber Vitamin D boleh didapati melalui hati lembu, keju dan kuning telur. Selain itu, ia juga boleh diperolehi dalam bijirin, roti, jus dan susu.
#Kesihatan #emosi #Pemakanan
;