Malam tadi berlangsung Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pastinya ramai maklum FFM menjadi pentas mengangkat dan memartabatkan para karyawan juga penggiat industri perfileman tanah air pada kelas tersendiri.

Setelah berhempas pulas, bertungkus lumus demi menyempurnakan naskhah yang harapnya menepati cita rasa penonton; selain menyelitkan elemen-elemen yang dekat dengan masyarakat menjadi antara intipati setiap filem yang dihasilkan. Bukan kemenangan yang dicari tetapi memberi satu dimensi pemikiran dan mendidik para penonton untuk menilai sesuatu perspektif kehidupan.

Kredit Foto: IG Zul Ariffin


Dan demi merealisasikan itu semua, pastinya bukan satu tempoh yang singkat apatah lagi perlu melalui pelbagai ujian. Pahit dan getir, susah dan senang hanya mereka sahaja yang rasai. Begitu jua yang dikongsikan pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM-31, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak.

Ucapnya kala naik ke pentas sambil memegang erat trofi kemenangan, “Syukur Alhamdulillah. Ini je… Yang ini. 15 tahun saya duduk dalam industri, yang ini paling susah,” sambil merakamkan kesyukuran dan penghargaan kepada individu yang terlibat disebalik pembikinan filem Sangkar. Bukan itu sahaja, kongsi Remy lagi di laman instagramnya:

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Kredit Foto: IG Remy Ishak


Berikut merupakan senarai pemenang bagi 22 kategori termasuk enam anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Juri 3 dan Anugerah Box Office.

1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong (Fly By Night)
2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)
3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)
4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)
5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)
6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)
7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)
8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)
9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)
10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab
11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)
14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie
15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)
17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)
18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)
19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh)
20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
22. Anugerah Khas Juri 1 – Suatu Ketika
23. Anugerah Khas Juri 2 – Geran
24. Anugerah Khas Juri 3 – Headhunter
25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)
26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)
27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)
28. Filem Terbaik – Roh