gaya hidup

18SX! – Khas Buat Suami Isteri, Hangatkan Kembali Hubungan Intim Dan Takluk Daerah Sensitif Pasangan

gempak
Huda Hussain
12/03/2020
15:59 MYT
Sponsor Banner
18SX! – Khas Buat Suami Isteri, Hangatkan Kembali Hubungan Intim Dan Takluk Daerah Sensitif Pasangan
Mungkin ada di antara suami mahupun isteri di luar sana yang tidak mengetahui kepentingan G-Spot dalam memastikan kelangsungan hubungan intim. Dan tahukah anda apakah definisi G-Spot? Titik Grafenburg atau G-Spot adalah bahagian dalam tubuh manusia yang jika disentuh akan menaikkan ghairah lantas menjadi daya penggerak untuk mencapai orgasme dalam hubungan intim.
Kredit Foto: Google
Lelaki G1 – Frenulum Untuk makluman wanita, bahagian ini adalah antara G-Spot lelaki. Ia terletak di bahagian bawah zakar. Jika disentuh dengan baik, dan kena pada caranya ia mampu menghasilkan sensasi luar biasa kepada lelaki kesayangan anda. Jika anda menyentuhnya tanpa mengambil kira faktor masa dan tempat, akan membuatkan pasangan terangsang.
G2 – Perineum Zon ini terletak di antara testikel dan zakar. Sebelum memulakan hubungan intim, titik ini perlu dirangsang terlebih dahulu. Ia akan memberikan anda sensasi ekstra yang kuat dengan ghairahnya. Malah titik ini adalah hotspot rahsia lelaki. Untuk mengambil hati pasangan anda, lakukan sentuhan-sentuhan lembut dan manja selain berikan belaian pada bahagian ini. Ingin tahu refleksi pasangan anda? Cuba terokai zon ini!
G3 – Prostat Rangsangan pada kelenjar prostat juga adalah sebahagian daripada G-Spot lelaki. Ia akan memberikan lelaki menikmati sensasi luar biasa. Bagi melakukan rangsangan ini, berikan sentuhan lembut dengan anggota tubuh selalin daripada jari dan tangan. Fokuskan pada prostat ia pasti memberi rangsangan istimewa dan ekstra kepada pasangan anda.
Kredit Foto: Google
G4 – Telinga Telinga juga mampu memberi rangsangan kepada lelaki. Hanya dengan hembusan dan sentuhan lembut di luar cuping telinga bisa menggetarkan jiwa mereka lantas merangsangnya dengan lebih agresif. Lakukan secara perlahan-lahan dan tidak perlu terlalu terburu-buru okey!
G5 – Leher Zon ini juga adalah sebahagian daripada G-spot lelaki yang mudah untuk di takluki malah sebagai pusat untuk menaikkan sensual lelaki. Berikan kucupan mesra di sekeliling leher akan meningkatkan keghairahan lelaki. Selain itu, sentuhan dan belaian dengan jari-jemari anda yang lembut berupaya merangsang pasangan ke tingkat seterusnya. Lakukan berulang kali dan terokai zon ini. Dan tahukah anda ia juga umpama petikan suis yang boleh menaikkan ‘mood’ lelaki terus bereksplorasi? Justeru aplikasi dan terokai zon ini bagi memastikan kelancaran dalam hubungan intim anda suami isteri.
G6 – Betis Betis lelaki juga antara zon G-Spot yang jarang diketahui wanita. Untuk itu, lakukan sentuhan manja dan belai lembut hujung kaki anda di betisnya. Selang-selikan dengan sentuhan jari jemari anda. Impaknya pasti mengejutkan anda. Selamat mencuba!
G7 – Puting Bahagian ini juga tidak kurang hebat dan punya magisnya tersendiri. Sentuhan dan usapan, anda juga akan membuatkan pasangan mudah berasa ghairah lantas memacu ke peringkat seterusnya. Jika ingin lebih sensai, sentuh dengan jari dan bibir. Ia pasti memberi kesan luar biasa malah teknik ini boleh diaplikasi sebagai langkah pertama dan menghantarkan isyarat anda kepada pasangan agar meneruskan langkah berikutnya.
Wanita
Setiap titik pada tubuh wanita mempunyai kepekaan dan reaksi berbeza tatkala menerima rangsangan. Misalnya segelintir wanita bisa asyik ketika telinganya disentuh lidah pasangannya, tetapi terdapat juga wanita yang akan "turn-off" ketika telinganya disentuh. Justeru sebagai lelaki anda harus tahu dan mengenalpasti titik sensual pasangan anda. Saling memberi dan menerima dalam hubungan intim adalah satu daripada beberapa "kunci" bagi mencapai orgasme dalam hubungan intim. Seperti lelaki, tubuh wanita juga memiliki titik-titik tertentu yang sensitif. Apabila zon ini mendapat sentuhan atau rangsangan maka impaknya luar biasa. Namun demikian, anda harus maklum, selain organ seks seperti patudara dan vagina, daerah sekitar telinga, leher, dan paha juga mempunyai rangsangan apabila disentuh. Berikut adalah huraian titik sensual kaum hawa yang harus kamu ketahui.
Kredit Foto: Google
  • G-SPOT Berdasarkan penemuan ahli genekologi Jerman, Ernest Grafenberg tiga inci ke arah dalam dinding vagina terdapat daerah yang mampu menimbulkan sensasi luar biasa apabila disentuh, diusap atau ditekan. Bahagian lembut ini lebih kasar daripada dinding vagina dikenali sebagai titik G, atau G-Spot. Titik G akan membengkak dan mengeras jika di sentuh. Berdasarkan kajian, hampir 90% wanita akan bertindak balas dengan mudah apabila menerima rangsangan bahagian ini. Titik G akan mempercepatkan proses orgasme kepada wanita malah ia lebih mudah menggunakan jari untuk sampai pada titik G.
  • C-SPOT Titik C adalah clitoris, yakni salah satu bahagian titik rangsangan. Ketika zakar mengenai klitoris, rangsangannya terhadap wanita luar biasa malah semakin kerap bahagian ini disentuh ia menyebabkan orgasme mudah berlaku.
  • AFE ZONE AFE atau singkatan kepada Anterior Fornix Ero erogenous zone terletak didalam vagina. Zon ini terletak berlawanan dengan dinding vagina. Anda akan menemui zon ini jika vagina mulai basah. Menurut pakar terapi seksologi Dr. Chua Chee Ann dalam laporan penemuannya mengenai seksologi seluruh Asia di India tahun 1994 mendapati daripada 193 wanita, 11 diantaranya mengaku mencapai kepuasan ketika pasangan mereka "bermain" di zon ini.
  • U-SPOT Titik U adalah uretra atau saluran kencing. Menurut pakar Psokologi dan Seksologi dari Nortwestern University Medical School, Kevin Mc Kenna, kadang kala lelaki mahupun wanita tidak pernah terfikir zon ini adalah pembuka rangsangan sensual pertama ketika memulakan hubungan intim. Titik U berada di sebelah kanan bawah klitoris malah wanita mudah menerima ransangan jika melakukan masturbasi.
Kredit Foto: Google
  • Titik G dan Titik Lain Tahukah anda, terdapat suatu tempat di dalam vagina yang jika disentuh akan membuatkan wanita terangsang hebat? Titik ini lazimnya di sebut titik G , oleh ahli genekologi Jerman, Ernest Grafenberg yang pertama kali menjelaskannya pada 1950. Menurut Ernest Grafenberg ramai wanita menemui titik G nya pada dua inci daripada liang pemasukan vagina di dinding atas bahagian depan, di sebalik tulang kemaluan. Terdapat juga segelintir wanita pada mulanya merasa tidak selesa kerana terasa ingin membuang air kecil ketika titik G nya tersentuh. Rasa ketidak selesaan itu hanya terjadi kira-kira satu minit sahaja dan seterusnya ia beransur hilang. Pencarian titik G boleh dilakukan dengan jari atau penis.
  • Ejakulasi Pada wanita Seperti lelaki, wanita juga mengalami ejakulasi. Beberapa pakar seksologi menyatakan tentang kemampuan titik G "mengejakulasikan" cairan jernih apabila wanita sangat terangsang. Ia memberi kesimpulan oleh beberapa pakar seks bahawa titik G bisa menjadi persamaan dengan kelenjar prostat lelaki. Ramai wanita yang berejakulasi gusar mereka membuang air kecil. Namun sebenarnya cairan itu bukanlah air seni dan keingina untuk membuang air kecil kerana biasanya akan segera hilang saat wanita merasakan kenikmatan rangsangan.
Rumusan Terdapat beberapa persamaan antara G-Spot lelaki dengan wanita. Namun demikian setiap individu mempunyai G-Spot yang berlainan. Pada awal perkahwinan, mungkin ia menjadi cabaran untuk anda mengenalpasti zon mana yang terdapat pada pasangan anda. Usah khuatir, jadikan komunikasi sebagai instrumen penting untuk anda dan pasangan mampu menguasai titik-titik erotis ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live