30 Kalori Juadah Raya Popular – Alamak, Semangkuk LAKSA Bersamaan 550 Kalori, Ingatkan Menu Sihat. Hurmm...
Afiza Kamarulzaman
15/05/2021 02:07 MYT
15/05/2021 02:07 MYT
“Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali, sudilah rasa kuihku pilihlah yang mana satu....” Lagu Raya kita pun banyak menceritakan kemewahan juadah raya orang Malaysia. Ya, inilah antara aktiviti yang ditunggu menjelang Lebaran, masak dan makan!
Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, ramai yang menjadikan 1 Syawal sebagai hari meraikan perut. Tidak salah untuk menjamah rezeki yang diberi, tapi berpada jangan sampai membawa mudarat pada kesihatan.
Ini antara 30 juadah popular pada Hari Raya bersamaa kiraan kalori yang dibentangkan Penasihat Kesihatan, Kevin Zahri di blognya, kevinzahri.com.
*Tapi ingat! Kandungan kalori 30 makanan popular di hari raya ini hanyalah sebagai rujukan sahaja. Kandungan kalori sebenar bergantung pada saiz, resepi dan cara penyediaan.
Saranan Pengambilan Kalori Berdasarkan Panduan Diet Malaysia
Untuk orang dewasa (berumur 18 - 59 tahun) yang sedentari adalah seperti berikut:
a) Lelaki dewasa : 2000 kcal/ hari
b) Wanita dewasa : 1500 kcal/ hari
7 Panduan Makan Sihat Pada Hari Raya

Makanan | Saiz Hidangan | Kalori |
Ketupat | 1 Biji (80g) | 88 |
Ketupat Palas | 1 Biji (80g) | 124 |
Lemang | 1 Potong (Sederhana) | 82 |
Lontong with sayur | 1 Mangkuk | 350 |
Soto Ayam | 1 Mangkuk | 403 |
Laksa | 1 Mangkuk | 550 |
Serunding, Beef (Daging) | 55g (1 genggam kecil) | 200 |
Serunding, Ayam 55g 180 | 55g (1 genggam kecil) | 180 |
Rendang, Ayam | 1 ketul dgn kuah | 148 |
Rendang, Daging | 2 potongan daging sederhana dan kuah sikit | 112 |
Nasi Putih | 1 Genggam Tangan | 150 |
Nasi Briyani | 1 Pinggan (2 genggam) | 487 |
Nasi Himpit | 5 Potong | 150 |
Mee-hun Goreng | 1 Pinggan kecil | 295 |
Teh Tarik | 1 Gelas | 90 |
Nescafe Tarik | 1 Gelas | 100 |
Kopi O Kosong | 1 Gelas | 2 |
Soft Drink | 1 Gelas | 85 |
Air Kosong | 11 Gelas | 0 |
Air Sirap | 1 Gelas | 85 |
Kui Tart Nanas | 1 Tart Kecil | 50 |
Biskut Raya (secara am) | 1 Biskut | 25 |
Dodol | 1 Biji | 71 |
Kuih Lapis | 1 Potong | 132 |
Tapai Pulut | 1 Biji | 134 |
Ais Krim | 1 Scoop Biasa | 95 |
Kurma | 1 Biji (Besar) | 60 |
Cheese Cake | 1Potong Sederhana | 240 |
Kek Koklat (Fudge) | 1Potong Sederhana | 250 |
Kek Koklat (Sponge) | 1 Potong Sederhana | 180 |
*Tapi ingat! Kandungan kalori 30 makanan popular di hari raya ini hanyalah sebagai rujukan sahaja. Kandungan kalori sebenar bergantung pada saiz, resepi dan cara penyediaan.
Saranan Pengambilan Kalori Berdasarkan Panduan Diet Malaysia
Untuk orang dewasa (berumur 18 - 59 tahun) yang sedentari adalah seperti berikut:
a) Lelaki dewasa : 2000 kcal/ hari
b) Wanita dewasa : 1500 kcal/ hari
- Panduan Penyediaan Juadah Raya Yang Sihat:
- Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan ½ atau ¾ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan biskut dan kek.
- Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.
- Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak.
- Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau kuah lontong.
- Potong ayam atau daging dalam saiz yang kecil.
- Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.
- Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding.
7 Panduan Makan Sihat Pada Hari Raya
- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
- Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
- Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
- Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.
- Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
- Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.