Read

5 Sikap Anda Perlu ‘MERDEKA’ Mulai Hari Ini! — Netizen Perlu Buka Minda, BACA INI!

gempak
Public Anonymous User
30/08/2018
09:12 MYT
Sponsor Banner
5 Sikap Anda Perlu ‘MERDEKA’ Mulai Hari Ini! — Netizen Perlu Buka Minda, BACA INI!
Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: Shutterstock

SEJAK 61 tahun mencapai kemerdekaan, negara mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan. Kita ada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA Ekspress, Monarail dan banyak lagi projek mega yang menjadi mercu tanda kejayaan negara.
Sekali gus membuktikan Malaysia antara negara yang pantas membangun di rantau Asia Tenggara. Pencapaian ini bolehlah dianggap setanding dengan negara-negara maju. Apa yang kita masih mundur adalah sikap kita.
Jom, kita lihat LIMA sikap yang perlu diubah agar usaha untuk mencapai status negara maju tercapai. Sayangi Malaysiaku!
MERDEKAKAN SIKAP 1
Kita buang sampah di jalan raya. Kita buang sampah di taman perumahan. Kita buang sampah merata-rata tanpa rasa bersalah. Kalau tak percaya, lihat sahaja kawasan perarakan Hari Kemerdekaan seusai majlis, pasti bertimbun dengan sampah-sarap. Kotor!
Bersempena Hari Kemerdekaan ke-61, sila merdekakan sikap pengotor dan tidak bertanggungjawab ini. Pastikan kawasan perarakan misalnya Dataran Putrajaya kekal bersih daripada lambakan botol minuman kosong dan kertas pembalut makanan.
Gunakan tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah anda.
MERDEKAKAN SIKAP 2
Kita masih parkir menghalang lalu-lintas. Kita tak kisah pun kalau orang lain susah dengan perbuatan kita itu.
Lazim jika ada penganjuran majlis, pasti jalan-jalan di sekitarnya mengalami kesesakan. Kenapa? Sebab anda parkir kenderaan sesuka hati – di tepi jalan utama misalnya. Jalan sesak sebab dua lorong dah jadi selorong kerana lorong kiri dah jadi tempat parkir.
Keadaan ini berlaku kerana anda berkira untuk parkir kenderaan di tempat yang disediakan dengan alasan jauh.

Kredit foto: Shutterstock

MERDEKAKAN SIKAP 3
Kita memandu laju dan rapat dengan kenderaan di hadapan. Kita flash kereta di hadapan. Kita tak beri laluan kepada pejalan kaki.
Sikap ini juga perlu ‘dimerdekakan’. Tidak perlu nak tunjuk siapa hebat ketika berada di jalan raya. Bak kata peribahasa Melayu, ‘Berhati-hati di jalan raya’ dan ‘pandu cermat jiwa selamat’.
MERDEKAKAN SIKAP 4
Penunggang motosikal bukan sekadar melanggar bumper dan cermin kereta tetapi juga tunjuk tapak kasut dan penumbuk kepada pemandu lain.
Situasi ini kerap berlaku terutamanya di jalan yang sesak. Sikap tidak sabar membuat pemandu hilang pertimbangan. Dia buat salah, orang lain pula yang kena marah.
MERDEKAKAN SIKAP 5
Kita menghembus asap rokok ke muka orang lain di kedai mamak. Kita juga bangga menghembus asap rokok di dalam rumah atau di dalam kereta ketika bersama ahli keluarga.
Hentikanlah sikap mementingkan diri ini. Kerana mereka yang terpaksa menghidu kepulan asap rokok yang anda lepaskan bakal terjejas tahap kesihatannya.

Kredit foto: Shutterstock

Tuntasnya, selagi perangai kita tak berubah, selagi itulah kita tidak maju. Kita menjadi hebat bukan dengan membina pencakar langit tetapi dengan membangun tamadun berteraskan adab dan tingkah laku.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024