gaya hidup
5 Tips Atasi ‘Separation Anxiety’ – Ini Yang Mak Ayah Patut Tahu. Nombor 5 Memang Kena Buat Keras Hati!
Inilah fasa yang sedang dilalui anak ketiga penulis, baru berusia lapan bulan. Pada awalnya sangkaan penulis mungkin kerana faktor ibunya bekerja dari rumah membuatkan Raudhah Husna selesa, suka dan senang hati melihat ibunya sentiasa ada didepan mata. Kalau tak nampak kelibat ibunya seketika tak apa, tetapi kalau sekilas lalu dia terpandang susuk tubuh ibu, tak tentu arah jadinya. Meronta-ronta minta dilepaskan daripada pangkuan sesiapa kerana dia mahukan ibu yang mengambil dan mendukungnya.
Kredit Foto: Google
Dan penulis sudah tentulah ada masanya rimas ketika berhadapan situasi ini. Mana lagi perlu siapkan tugasan, mahu ke tandas, solat, memasak dan pelbagai kerja-kerja rumah lain terganggu mendengar tangisannya. Sedangkan sudah ‘diberitahu’ “Ibu nak sidai baju kejap okey. Kejap je, nanti ibu main ya”. Namun tetap dia menangis teresak-esak bagaikan didera serasanya. Allahu, Tuhan saja yang tahu betapa stres nya mahu lunaskan semua kerja.
Apabila terbaca perkongsian Dr Redza Zainol yang turut berkongsi daripada muat naik Dr Ahmad Luqman Bukhari, memang penulis boleh relate. Anak asyik melekat pada mak dan bila ditinggalkan sekejap mesti anak menangis. Wajib untuk mak ayah ambil tahu tentang ‘Separation Anxiety’. Tulis Dr Ahmad Luqman Bukhari;
Memang mencabar emosi betul bila anak asyik nak melekat dengan kita sampaikan tak boleh nak berpisah langsung. Kadang tu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata sekejap je tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terperanjat dengar suara dia!
Kredit Foto: Google
Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba je 3C ni berlaku dengan amat dasyat – Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak berdukung atau melekat je kerja). Tapi bila parents muncul balik, eh terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Inilah yang disebut fasa ‘Separation Anxiety’. Benda ni normal je sebenarnya dan selalu berlaku kat anak yang dalam lingkungan umur enam bulan hingga tiga tahun. Masa ni dia belum berapa faham lagi pasal konsep ‘Object Permanence’.
Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya! Sebab tu mak ayah semua wajib tahu lima teknik untuk atasi masalah ‘Separation Anxiety’ ni supaya semua tak stress nanti bila fasa ni berlaku pada anak kita sendiri.
- Biasakan Bercakap Dengan Anak Kita Bila Kita Nak Ke Mana-Mana
- Cuba Main Kejar-Kejar Sekerap Mungkin
- Patuhi Janji Dengan Anak
- Sediakan Keperluan Sebelum Tinggalkan Kepada Pengasuh
- Mak Ayah Kena Keras Hati