Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

52 Tahun & Masih Segak! Semak Fakta Menarik Drummer Dewa 19, Tyo Nugros Yang 'Digilai' Dari Jauh

Izwan Isa
13/09/2022 13:50 MYT
Konsert 30 Years of Dewa 19 Anniversary Tour yang diadakan di Axiata Arena minggu lalu berlangsung dengan jayanya. Rata-rata yang hadir memberikan maklum balas positif, memandangkan ia konsert pertama Dewa 19 di Kuala Lumpur selepas COVID-19 melanda dunia sejak sekitar dua tahun lalu.

Selain persembahan vokal yang mantap daripada tiga vokalisnya, tumpuan penonton dan juga peminat juga tersorot pada kekacakan pemain dram kumpulan berkenaan, Tyo Nugros.

Menerusi beberapa video di platform TikTok, ramai dilihat memuji kekacakan lelaki berkenaan. Ada juga yang mengakui Tyo merupakan drummer pujaan hati mereka sejak mereka di bangku sekolah lagi.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Tyo? Semak fakta-fakta ini:

Usia 52 tahun

Tyo atau nama sebenarnya, Setyo Nugroho atau lebih dikenali sebagai Tyo Nugros dilahirkan pada 21 Disember 1970 di Jakarta, Indonesia, menjadikan dirinya kini berusia 52 tahun.

Tyo anak bongsu daripada lima beradik, berasal daripada keluarga pencinta muzik dan penghibur. Bapanya seorang pemuzik dan pandai bermain beberapa alat muzik dan membaca nota muzik sendiri.

Belajar di Amerika Syarikat

Mempunyai minat mendalam terhadap bidang muzik, Tyo menerima pendidikan formal dalam muzik di Farabi Music School. Tyo juga pernah belajar di STEKPI (Kolej Kewangan dan Perbankan Indonesia). Tetapi tidak lama kemudian, Tyo memutuskan untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Perniagaan Muzik & Video di Seattle, Amerika Syarikat. Tyo juga pernah mendapat pendidikan di Percussion Institute of Technology dan Musicians Institute Hollywood.

Awal karier bersama Dewa 19

Pada 1996, Tyo memulakan kariernya sebagai pemain dram bagi kugiran bernama Getah pada tahun 1996. Tiga tahun kemudian, dia memilih keluar daripada grup tersebut dan bergabung dengan Dewa 19 dengan mengisi posisi sebagai drummer yang ketika itu masih kosong. Kehadiran Tyo mencuri banyak perhatian, khususnya kaum hawa karana parasnya yang menawan dan aksinya yang hebat. Dia bahkan diberi jolokan sebagai drummer tertampan di Indonesia.

Keluar Dewa 19

Begitupun, pada awal 2008, Tyo memutuskan untuk mundur daripada Dewa 19. Salah satu sebab penarikan diri daripada Dewa 19 adalah kerana Tyo mengalamani kecederaan pada pergelangan kakinya.
Walaupun sudah bergelar mantan anggota Dewa 19, namun Tyo masih turut serta dalam siri konsert anjuran Dewa 19. Antaranya seperti Konsert 30 Years of Dewa 19 Anniversary Tour yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

#Dewa 19 #Tyo Nugros
;