Intrend ong e2

Kredit foto: Hatchery

PENYANYI dan pelakon dari Korea Selatan yang mula mencipta nama bersama kumpulan Wanna One, Ong Seong Wu, kembali ke Malaysia sebagai artis solo. Kehadirannya kali ini adalah untuk menjayakan acara Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia (Eternity) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam Ahad lalu.

Lebih daripada 4,000 penonton telah hadir pada perjumpaan pertama Ong Seong Wu. Pembukaan pentas Ong Seong Wu yang memulakan acara, menunjukkan kebolehannya sebagai penari berbakat menerusi lagu Treasure, dendangan Bruno Mars.

Sebaik selesai menari, Ong Seong Wu diberi sebuah tablet bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan peminat-peminatnya. Untuk menjawab segala soalan daripada peminatnya, Ong Seong Wu memilih tiga aplikasi iaitu OngTalk, OngStagram dan OngPlay.

in malaysia

A post shared by 옹성우 ongseongwu (@osw_onge) on

Sebaik saja selesai segmen menjawab soalan daripada peminat, Ong Seong Wu kemudian kembali dengan memakai sut kelabu yang menyerlahkan ketampanannya sambil mendendangkan lagu berjudul Please. Ketika ini semua penonton terpukau mendengar suaranya yang merdu itu.

Kemudian diteruskan dengan aksi Ong Seong Wu menangkap bintang yang dipaparkan di skrin LED. Setiap bintang yang dipilih olehnya ada arahan yang perlu dilaksanakan. Antara yang perlu dilakukan oleh Ong Seong Wu adalah mengeluarkan anak patung dari clay machine untuk diberikan kepada peminat bertuah, meneka kopi yang betul tapi beliau terminum kopi yang masin.

intrend ong e1

Kredit foto: Hatchery

Untuk pilihan bintang yang ketiga, beliau diarah untuk menyanyi lagu dari Malaysia. Untuk memudahkannya, penonton mahu Ong Seong Wu belajar menyanyikan lagu Rasa Sayang.

Pada acara tersebut, penyanyi berusia 23 tahun itu turut terharu apabila menerima klip video yang dihasilkan oleh peminat di Malaysia. Sebagai menghargai sokongan peminat tempatan, beliau kemudiannya mendendangkan lagu Love This Moment sebagai penutup tirai persembahan.

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Tidak menghampakan penonton, Ong Seong Wu kemudiannya kembali semula ke pentas dengan diiringi oleh empat penari untuk menari. Biarpun persembahan telah berakhir namun penonton tidak berganjak kerana masing-masing mahu mengambil peluang untuk melakukan high five dengan penyanyi itu.

Ong Seong Wu First Fan Meeting In Malaysia (Eternity) dianjuran oleh Hatchery, produksi hiburan yang berpusat di Bangkok, Thailand yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tassaporn Sukhapanth.

Kredit foto: Hatchery

Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua siri jelajah Ong Seong Wu di Asia selepas Bangkok yang mendapat sambutan hangat daripada peminat dan pada 6 April ini beliau akan bertemu peminat di Singapura sebagai lokasi terakhir.

intrend ong 1

Kredit foto: Hatchery

intrend ong

Kredit foto: Hatchery

intrend ong

Kredit foto: Hatchery

intrend ong 2

Kredit foto: Hatchery

intrend ong

Kredit foto: Hatchery