6 Sifat Jiran Yang Tak Boleh ‘Blah’ – Pasti Kalian Pernah Alaminya Bukan? Ya, Faham…Sakitnya Tu Disini…
Huda Hussain
29/12/2019 10:21 MYT
29/12/2019 10:21 MYT
Tidak dinafikan bahawa hidup dalam masyarakat sebenarnya kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa mengira latar belakang, pangkat ataupun darjat; ke mana jua kita pergi pasti kita tidak dapat lari daripada hidup berjiran. Ya, jiran adalah individu yang tidak kurang penting peranannya kalau kita ditimpa musibah atau kecemasan. Kerana lazimnya jika ada apa-apa perkara kecemasan berlaku di rumah, pasti jiranlah yang kita hubungi untuk meminta bantuan dan pertolongan.
Namun demikian, kebelakangan ini sifat kejiranan bagaikan tidak seutuh dulu. Kala waktu petang pasti ibu-ibu sekitar lorong perumahan berkumpul. Mungkin ‘membawang’ sambil duduk di atas batu luar rumah dan bangku kayu. Ada yang bertukar-tukar juadah minum petang dan masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya dengan bertanya khabar atau apa jua isu berbangkit. Ya, masing-masing mengambil berat mengenai perihal anak-anak dan peka dengan apa yang berlaku ketika itu.
Malah jika jiran tiada di rumah dan ada kain baju bergantungan di luar, kita juga yang bergelut dan mengangkatnya. Semuanya dilakukan atas dasar tolong-menolong. Oh, banyak sebenarnya mahu dirungkai perihal jiran andai kita memahami tanggungjawab yang satu ini.
Tetapi kini mungkin senarionya tidak sama. Terutamanya mereka yang tinggal di kondominium, apartment dan seumpama dengannya. Malah mungkin ada yang tidak kenal dengan jiran sendiri. Ya, ia tidak mustahil kerana faktor kerjaya yang mungkin jadi kekangan untuk meluangkan masa mengenali siapa jiran kita. Kita balik rumah dari kerja, jiran baru nak pergi kerja. Dan begitulah sebaliknya. InTrend kongsikan bingkisan kisah jiran yang mungkin kalian sendiri pernah berhadapan dengan situasi yang sama.
Bagi penulis, semaikan sifat toleransi, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan bertimbang rasa sesama jiran. Jangan pentingkan diri sendiri dan fahami konteks sebenar hidup bermasyarakat. Barulah hidup bermuafakat dan memberi berkat.
Kredit Foto: Google

- Jiran CNN
- Jiran Privasi
Kredit Foto: Google
- Jiran Pengotor
- Jiran PHD
Kredit Foto: Google
- Jiran Pentingkan Diri
- Jiran Hidung Tinggi