Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

7 Amalan Hidupkan Sambutan Maal Hijrah – Semoga Kalendar Hijrah Tahun Ini Beri Makna Buat Semua.

Huda Hussain
19/08/2020 13:31 MYT
Lazimnya apabila kita meraikan kedatangan tahun baru pasti ia diiringi azam dan doa. Juga dengan niat dan iltizam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan sebaik-baik permulaan adalah sempena beralihnya kalendar Hijrah tahun ini. Semoga kita kekal istiqamah dan diberikan panduan supaya dapat menjadi hambaNya yang bertakwa.
  1. Mula dengan Bismillah dan Akhiri dengan Alhamdulillah
Bismillah akan membuatkan kita berfikir bahawa tindakan yang mahu dilakukan itu baik atau tidak. Manakala Alhamdulillah untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

Kredit Foto: Google
  1. Baca Al-Quran Selepas Setiap Waktu Solat Fardhu
Al-Quran adalah sumber ketenangan untuk jiwa. Surah-surah dalam Al-Quran yang dibaca akan membantu sewaktu di dalam kubur.
  1. Tunaikan Solat Tahajjud Sekurangnya Seminggu Sekali
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari Akhirat di tempat yang terpuji. – Al Quran 17:79

Kredit Foto: Google
  1. Pohon Keampunan Daripada Allah SWT Selepas Solat Fardu
Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. – Al-Quran, 40:55
  1. Praktikkan 1 Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Setiap Hari
Dengan mempraktikkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W, kita akan lebih disayangi Allah SWT.

Kredit Foto: Google
  1. Bantu Rakan Atau Keluarga Yang Dalam Kesusahan
Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. – Al-Quran 4:36
  1. Amalkan Bersedekah Kepada Yang Memerlukan
Sedekah adalah perbuatan mulia untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dan untuk mendapatkan keredhaan Allah yang boleh diberikan dalam bentuk harta, wang atau perbuatan baik.

Sumber: Muslim Pro
#1442 Hijrah #Awal Muharram
;