gaya hidup
7 Cara Mak Ayah MESTI Buat Untuk Cipta ‘Connection’ Dengan Anak. Hasilnya, Anak Mudah Mendengar Kata.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak melebihi dua orang dan rata-ratanya masih kecil dibawah umur 12 tahun pasti terasa cabarannya untuk mendidik dan membesarkan mereka. Apatah lagi dengan kesibukan ibu bapa yang dihambat dengan tuntutan kerja, mencari pendapatan sampingan demi masa depan anak-anak bukan kepalang ujiannya.
Lantaran itu, anak yang menjadi mangsa. Ada kalanya kita terlepas momen penting yang sepatutnya memerlukan keberadaan kita disisi mereka. Ya, jawapan seperti ‘Papa sibuklah abang. Abang pergi buat dulu’ adalah bait ayat yang pahit untuk ditelan anak-anak. Disebabkan itu, secara sedar atau tidak kita telah mencipta jurang yang mulanya renggang akhirnya beransur jauh dan terus jauh daripada anak-anak. Ditambah pula apabila mereka melakukan kesalahan, maka menyingalah kita. Terpekik, jeritan suara hinggakan satu lorong boleh dengar dek kerana amukan marahkan anak. Allahu, kasihanilah mereka emak ayah.
Kredit Foto: Google
Dr Redza Zainol, doktor yang sering berkongsi tips keibubapaan menerusi perkongsian muat naiknya ada jawapan untuk emak ayah cuba praktikkan bagi membina hubungan dengan anak-anak. Tujuh cara ini ‘simple’ sahaja sebenarnya tapi boleh buatkan anak mendengar cakap kita berbanding dengan jeritan dan pukulan.
Bila anak tak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dah dipenuhi atau tidak. Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabi sebab bergaduh adik-beradik? Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok tujuh cara ini pula.
- Bercakap sambil pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita perlu melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
Kredit Foto: Google
- Peluk anak lapan kali sehari.
- Gunakan ayat yang pendek dan ringkas.
Kredit Foto: Google
- Buat sesi one to one dengan setiap anak.
- Bermain dengan anak-anak. Perlu diingat, main pun kena fokus. Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormon oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
Kredit Foto: Google
- Kurangkan berkata ‘Jangan’. Contoh baik: “Adik kat dapur kena jalan perlahan”
- Cakap terima kasih pada anak. Contoh baik: “Terima kasih tolong papa sangkut tuala cantik-cantik. Contoh tak baik: “Dah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula!”
Kredit Foto: Google
Seperti mana kita bina ‘connection’ dengan orang disekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina ‘connection’ dengan anak sendiri. Percayalah bila kita cuba buat perkara ini, kita akan jadi lebih rapat dengan anak. Anak akan rasa ‘connected’ dan percaya dengan kita. Waktu tu lebih mudah untuk dia ikut cakap kita.