Highlights

7 Waktu Tepat Minum Air Putih – Diperakui Beri Manfaat Pada Kesihatan Tubuh. Jangan Langkau Lagi Okey!

gempak
Huda Hussain
27/02/2020
02:00 MYT
Sponsor Banner
7 Waktu Tepat Minum Air Putih – Diperakui Beri Manfaat Pada Kesihatan Tubuh. Jangan Langkau Lagi Okey!
Membiasakan diri untuk mempraktikkan gaya hidup sihat sememangnya tidak mudah. Mungkin ada yang berkata, “Ahh, cakap senanglah. Cuba buat dulu tengok!” Hinggakan ada yang mula rasa tercabar lantas tanpa ilmu, diikutkan sahaja. Contoh mudah adalah diet dalam pemakanan. Alahai… Betapa sukarnya saat mahu memulakan rutin baru, ubah gaya hidup, tukar ‘meal plan’ semata-mata mahu capai berat badan yang diidamkan. Tetapi pokok pangkalnya, terpulang kepada sejauh mana kentalnya minda seseorang.
Dan tahukah anda sebelum mencuba rutin pemakanan baru sebagai langkah untuk berdiet sebenarnya bermula daripada minuman? Mungkin ada yang terlupa bahawa sebenarnya rutin ringkas seperti meminum air masak mampu membantu menjadikan tubuh kita lebih sihat.
Kredit Foto: Google
Salah satu pendekatannya adalah dengan minum air masak pada waktu yang tepat dalam jumlah yang tepat dan konsisten. Mungkin kedengaran agak klise tetapi inilah kebenarannya. Menjadi kebiasaan, kita mendengar bahawa sekurang-kurangnya seorang individu dewasa perlu minum lapan gelas sehari atau bersamaan dengan 1.5 liter bagi menampung keperluan tubuh.
Menurut kajian yang dijalankan Institute of Medicine’s Food and Nutrition Board menyatakan bahawa sebenarnya wanita memerlukan 2.6 liter air setiap hari manakala lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter setiap hari. Walau berapapun jumlah kuantiti air yang harus diminum, pokok pangkalnya adalah kita harus dapat memenuhi keperluan cecair dalam tubuh. Hal ini kerena tanpa adanya kuantiti air yang cukup, kita akan mengalami dehidrasi atau kekurangan air yang dapat mengganggu kesihatan tubuh. Dan paling penting, minum air putih pada waktu yang tepat juga harus dilakukan agar dapat memaksimakan kesannya pada tubuh.
Berikut adalah tujuh waktu yang tepat disarankan untuk minum air masak:
Kredit Foto: Google
1. Satu Atau Dua Gelas Pada Waktu Pagi, Selepas Bangun Tidur Ketika kita bangun tidur, tubuh mengalami dehidrasi atau kekurangan cecair. Walau berapa banyak kuantiti air yang diminum sebelumnya, kita harus mengisi semula tubuh dengan cecair. Minum satu atau dua gelas air masak di pagi hari selepas bangun tidur juga dapat membakar metabolisme dan membuang racun dalam tubuh.
2. Satu Gelas Sebelum Mandi Pengambilan air suam yang dikombinasikan dengan kehangatan suhu air ketika mandi dapat mengembangkan pembuluh darah sehingga menyebabkan tekanan darah turun. Air masak yang kita minum sebelum mandi juga dapat mencairkan paras natrium tubuh sehingga dapat menurunkan tekanan darah.
Kredit Foto: Google
3. Satu Gelas 30 Minit Sebelum Makan Setengah jam sebelum makan adalah waktu yang tepat untuk minum air putih kerana dapat membantu proses pencernaan dengan lebih baik. Terlalu banyak asupan air justru dapat merusak pencernaan karena dapat mengganggu kadar alami asam dan empedu yang diperlukan dalam perut untuk mencerna makanan.
4. Satu Gelas Semasa Penat Lebih 70 peratus daripada setiap fungsi dalam tubuh bergantung pada air. Termasuklah kegiatan otak dan sistem saraf. Air dapat membantu otak bekerja dengan lebih baik. Malah kekurangan air pada otak bukan hanya menyebabkan kepenatan, ia secara tidak langsung menyebabkan kehilangan fokus, daya ingatan, sakit kepala, masalah tidur, cepat marah, depresi, dan banyak lagi.
Kredit Foto: Google
5. Banyakkan Minum Sebelum dan Selepas Berolahraga Air sememangnya dapat mencegah kepenatan. Minum banyak air putih sebelum dan selepas berolahraga dapat meningkatkan daya otot tubuh.
6. Satu Gelas Sebelum Tidur Minum segelas air putih sebelum tidur dikatakan dapat membantu tubuh mengisi kembali cecair yang hilang akibat aktiviti yang dilakukan sepanjang hari. Dalam masa sama, ia juga dapat membuang racun yang tidak diperlukan dalam tubuh. Selain itu, minum segelas air putih sebelum tidur juga akan membantu mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.
Kredit Foto: Google
7. Banyakkan Minum Semasa Sakit Amalkan meminum air putih yang banyak ketika sakit kerana ia akan membantu memperbaiki daya tahan tubuh lebih cepat.
Justeru, apa kata mulai hari ini jadikan tujuh waktu ini sebagai rutin untuk kamu meminum air putih agar dapat merasai keberkesanannya pada tubuh yang terbukti menyihatkan. Selamat mencuba!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024