Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

79 Pasang Baju Preloved MIRA FILZAH Sold Out Dalam 4 Jam! – InTrend Pening, Mira Balik Rumah Mak Korek Lagi.

Afiza Kamarulzaman
08/02/2020 14:34 MYT


Dek promosinya di Instastorynya beberapa hari sebelum acara InTrend X Pasar Preloved bermula hari ini, boothnya telah ‘diserang’ habis-habisan oleh peminatnya dan followers InTrend Malaysia sebentar tadi. Acara yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga lapan malam itu mendapat sambutan luar biasa penangan selebriti yang terlibat sebagai vendor.


Mira yang diketahui penangannya menerusi drama-drama bersirinya yang sentiasa menjadi tontonan ramai turut menjual helaian baju-bajunya yang pernah dipakai dalam drama lakonanya sebelum ini dan dijual pada ‘harga kasih-sayang’ sahaja.


Pelakon manis ini mempunyai 5.8 juta pengikut di akaun Instagram yang menjadikan dia antara selebriti paling berpengaruh di media sosial. Dan, apabila Mira mengumumkan yang dia bakal mengadakan lelongan di acara tersebut, bayangkan betapa ramainya peminat Mira yang datang menyerbu!


Kredit Foto: Mira Filzah




Sebanyak 79 pasang pakaian yang dibawanya. Booth dibuka bermula jam 10 pagi dan terpaksa ditutup awal yakni jam 2 petang walaupun tempoh perniagaan masih berbaki sehingga jam lapan malam.


Mira Filzah yang sepatutnya turun padang pada petang itu terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana tiada apa lagi yang boleh dijual dan dia terpaksa bergegas ke rumah Mak untuk mencari baju-baju lain untuk dijual pada hari berikutnya. Tahniah Mira! Penangan luar biasa.


Kredit Foto: Mira Filzah

#Mira Filzah #Preloved #Sold Out
;