Ahad lepas, anggota kumpulan K-Pop Korea Selatan ASTRO, Cha Eun-Woo menemui peminat di Malaysia sempena siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] in KUALA LUMPUR.

Eun-Woo yang juga dikenali sebagai 'Face Genius' (lelaki yang sungguh tampan) pastinya tidak mengecewakan 1,900 AROHA (nama fandom ASTRO) yang hadir.

Sebagai pembuka tirai fan meeting Eun-Woo menyanyikan lagu 'Remember Me' yang merupakan lagu daripada drama sejarah Korea, 'Rookie Historian Goo Hae Ryung'.

Sepanjang sesi ini berlangsung pelbagai kejutan dilakukan oleh Eun-Woo apabila mendendangkan lagu dalam Bahasa Melayu iaitu ‘Sampai Ke Hari Tua’ nyanyian asal Aizat Amdan. Rata-rata peminat yang hadir memberi tepukan gemuruh melihat persembahannya.

Menurut Eun-Woo, ini adalah kali pertama dia mengadakan sesi bertemu peminat. Lantaran itu dia berasa bertanggungjawab untuk memberikan kenangan berharga kepada semua yang hadir. Malah, Eun-Woo menyediakan kompilasi lagu yang terbaik untuk didendangkan untuk AROHA yang hadir.

Dalam siri jelajahnya di Bangkok, Thailand dan Filipina sebelum ini, dia turut menyanyikan lagu dalam bahasa Thai dan Tagalog.

Selain itu, Eun-Woo pernah membintangi watak ‘Putera Yi Rim’ dalam drama tersebut tampil dengan mengenakan pakaian tradisional Korea, ‘hanbok’.

Pastinya Eun-Woo tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan peminatnya dalam sesi soal jawab dan permainan.

Sebelum berpisah dengan AROHA, Eun-Woo mempersembahkan dua lagi lagu iaitu Rainbow Falling dari drama My ID Is Gangnam Beauty dan juga You & Me.

Siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] in KUALA LUMPUR melibatkan empat lokasi lain iaitu Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Manila.


Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music





Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music





Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music





Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music




Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music





Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music




Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music




Kredit foto: MacpiePro and Fantagio Music