‘Beauty is pain’. Inilah kegigihan seorang yang bernama wanita apabila mahu mencantikkan diri. Kita tidak kisah berhabis masa berjam-jam di depan cermin semata-mata mahu menatarias wajah. Kita tidak kisah untuk bangun awal bersiap demi kelihatan yakin anggun kala melangkah. Kamilah perempuan gigih demi sebuah kecantikan, walaupun ketika bersolek pelbagai tabiat pelik terkeluar.


Kredit Foto: Google


  1. Apabila memakai maskara, mulut mesti nak ternganga. Namun, ada kajian mengatakan apabila mulut dibuka, bulu mata akan lebih mudah untuk dimaskarakan. Betul ke tu?
  1. Air mata tiba-tiba mengalir tidak semena-mena. Lelaki, jangan panik! Ini bukan kerana mereka sedih dicurangi tetapi mata pedih kerana terkena hujung berus atau celak.
  1. Tiba-tiba pula mereka akan tersenyum. Ini bukan sebab mereka gembira tetapi untuk menaikkan tulang pipi ketika melayangkan pemerah pipi atau menegangkan bibir ketika bergincu.

Kredit Foto: Google


4. Ketika memakai kanta lekap, ada wanita akan membesarkan mata seperti mahu menerkam orang dan kemudian ditutup mata sambil terlompat-lompat.


5. Seketika kemudian perempuan akan memuncungkan mulutnya sehingga muka jadi cengkung. Ini bukan senaman muka tetapi untuk mencari kontur wajah kala melakukan teknik shading.


6. Fuh..fuh..fuh. Akan ada juga momen perempuan meniup hujung berus. Bukan sebab mereka membaca jampi serapah tetapi membuang sedikit lebihan bedak yang ada pada berus sebelum dilayang ke wajah.




Kredit Foto: Google


7. Perempuan juga akan menjadi juruukur apabila mahu membina kontur wajah, melihat sisi wajah kiri dan kanan kala mahu mencari kestabilan kedua belah keningnya. Itu belum termasuk shading di bahagian batang hidung.


8. Perempuan akan juga kelihatan seperti menari tarian yang tidak diketahui jenisnya. Tiba-tiba dia mendekati cermin, kemudian menjauhi pula. Itu sebenarnya dia sedang melihat efek solekannya apabila dilihat pada jarak dekat dan pada penglihatan orang yang jauh. Bijakkan kami orang perempuan?


9. Dan, akhir sekali perempuan akan tersenyum seorang diri di hadapan cermin setelah selesai sesi bersolek itu. Ada yang lebih esktrem, akan bercakap pula. Ini adalah momen biasa apabila perempuan tiba-tiba berasa sangat cantik waktu itu!



Kredit Foto: Google