Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

AAISYAH DHIA RANA Pilih Sendiri Tema Hari Jadi Ke-6, Majlis Meriah Penuh Kek – Untung Jadi Anak Che Ta!

Afiza Kamarulzaman
07/12/2020 12:48 MYT

Begitulah seronoknya melayan anak perempuan yang sedang membesar. Setahun sekali apa salahnya menggembirakan anak-anak kecil ini, di samping memberi makan kepada para hadirin sebagai tanda kesyukuran. Anak pelakon cantik, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana menyambut ulang tahun ke enamnya pada 6 Disember.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, menurut Che Ta di akaun Instagramnya, Aaisyah sendiri akan memilih tema untuk majlis hari jadinya itu. Dan, untuk tahun ini, Aaisyah memilih tema Unicorn yang menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan sekarang ini. Kelihatan Aaisyah begitu ceria dikelilingi kawan-kawannya.

Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana

Berikut antara ucapan Che Ta buat Aaisyah;

“You’re growing up to be a wonderful girl. You never cease to amaze me with your intelligence, your sense of humor, your kindness and your sweetness. Watching you grow up right before my eyes is a truly preicous gift. I thank God everyday that I get to witness this miracle in my life. I love you! Happy 6th Birthday princess.”

Che Ta turut mendoakan moga Tuhan sentiasa merahmati dan melindungi anaknya itu setiap masa. Tidak ketinggalan berharap Aaisyah gembira dengan majlis yang diatur ini bersama makanan terhidang dan teman-teman yang datang meraikan. Semua ibu pasti mengharapkan yang terbaik buat anaknya. Semoga Aaisyah dan semua kanak-kanak di luar sana membesar dengan pengalaman indah dan kenangan bermakna. Happy birthday, Aaisyah!

Jom, kita tengok gambar sekitar majlis hari jadi, Aaisyah:

#Aaisyah Dhia Rana #Rozita Che Wan #Hari Jadi
;