Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Aaisyah Dhia Rana Sambut ‘Birthday’ 7 Tahun Dengan 7 Kek! “Hehehe… Nak Lawan Mak Dia” – Che Ta

Huda Hussain
28/11/2021 01:00 MYT
Sambutan hari lahir adalah peristiwa yang cukup bermakna bagi setiap ibu bapa. Sama ada besar, kecil atau sederhana meraikannya; ia adalah signifikan sebagai tanda kesyukuran melihat anak-anak yang kian membesar dihadapan mata.

Dari satu angka ke satu angka, meningkatnya usia anak diiringi doa yang takkan pernah putus daripada ibu bapa. Dan setiap kali tibanya bulan November pasti pengikut setia dan peminat si cilik Aaisyah Dhia Rana tertunggu-tunggu. Teruja mahu lihat bagaimana satu-satunya puteri kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin diraikan hari lahirnya.


Kredit Foto: IG Rozita Che Wan


Tulis Che Ta di instagramnya “Happy Birthday to our beautiful little girl! We're so grateful for the 7 years you've been in our lives.”

Cantik dan manis ditatarias jurusolek Kasih Cicie juga didandan oleh Othong Danish, untuk sambutan hari lahir ke tujuh ini, Aaisyah terima kejutan dengan tujuh kek. Simbolik kepada umurnya yang genap tujuh tahun. Memang meriah. Ini antara koleksi foto yang dikongsi Che Ta di instagramnya, jom tengok!

Kredit Foto: IG Rozita Che Wan
 

Kredit Foto: IG Rozita Che Wan

 
Kredit Foto: IG Rozita Che Wan

Kredit Foto: IG Rozita Che Wan
 

Kredit Foto: IG Rozita Che Wan


Kredit Foto: IG Rozita Che Wan



 
#Aaisyah Dhia Rana #Rozita Che Wan #Hari Lahir